Tingkatkan Peta & Privasi

Peta Apple direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Jika anda memilih untuk mendayakan Tingkatkan Peta, Apple akan mengumpulkan koordinat GPS yang diperoleh menerusi ciri Lokasi Penting pada peranti anda dan menghubungkannya dengan alamat jalan yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Ini membolehkan Apple menganggarkan lokasi geografi alamat tersebut dan alamat lain dengan lebih baik. Apple hanya akan mengekalkan koordinat yang terhasil dalam bentuk tanpa nama untuk meningkatkan Peta serta produk dan perkhidmatan berdasarkan lokasi Apple yang lain. Peranti iOS atau iPadOS anda juga akan menghantar lokasi bagi tempat dan masa anda melancarkan app secara berkala, termasuk nama app, dalam bentuk tanpa nama dan disulitkan kepada Apple untuk meningkatkan Peta serta produk dan perkhidmatan berdasarkan lokasi Apple yang lain.

Anda boleh menyahdayakan Tingkatkan Peta pada bila-bila masa pada peranti iOS atau iPadOS anda dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem, kemudian mengetik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Peta. Pada Mac, anda boleh menyahaktifkan Lokasi Penting dengan pergi ke Seting Sistem > Privasi & Keselamatan > Privasi > Perkhidmatan Lokasi, mengklik kunci dan memasukkan kata laluan anda, mengklik Butiran bersebelahan Perkhidmatan Sistem, kemudian menyahpilih Lokasi Penting.

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022