Tingkatkan Ciri Keselamatan & Privasi

Tingkatkan Ciri Keselamatan direka bentuk untuk melindungi privasi anda dan membolehkan anda memilih perkara yang dikongsi.

Tingkatkan Ciri Keselamatan menghantar maklumat yang dikumpulkan oleh ciri berkaitan keselamatan kami daripada peranti iOS dan Apple Watch anda kepada Apple untuk membangunkan, meningkatkan dan memahami keberkesanan ciri keselamatan. Ini mungkin termasuk data sensor mentah, maklumat yang diperoleh daripada sensor berkaitan keselamatan dan maklumat tentang penggunaan ciri ini oleh anda. Data anda tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain dan tidak menyertakan maklumat pengenalpastian peribadi.
 
Maklumat yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada Tingkatkan Ciri Keselamatan termasuk data tertentu daripada ciri dan sensor berkaitan keselamatan kami seperti, maklumat tentang lokasi anda, isyarat dan interaksi anda dengan ciri ini. Contohnya, untuk Pengesanan Nahas, perkara ini mungkin termasuk data yang digunakan untuk mengesan sama ada nahas kereta yang teruk berlaku seperti pergerakan (seperti data akselerometer, giroskop, tekanan barometer dan sensor magnetometer), maklumat dan aktiviti pemanduan (seperti arah perjalanan umum anda, tempoh masa memandu dan data berkaitan kelajuan) dan maklumat lain tentang, membawa kepada dan diperoleh daripada nahas yang dikesan (seperti anggaran lokasi dan masa peristiwa, sudut matahari dan paras pendedahan bunyi persekitaran).
 
Apple mungkin mengumpulkan data tertentu yang telah anda masukkan, termasuk maklumat demografi (seperti jantina dan anggaran umur) dan data tentang keadaan peranti anda pada masa peristiwa, termasuk Wi‑Fi atau isyarat selular, versi, versi perisian dan sama ada peranti anda telah dipasangkan dengan peranti Apple lain seperti Jam anda.
 
Apple juga mungkin menerima maklumat tentang persekitaran anda, interaksi antara peranti, tempoh masa ciri digunakan, penggunaan pemberitahuan, app, seting dan ciri berkaitan keselamatan oleh anda, termasuk pendayaan pihak ketiga dan sama ada panggilan kecemasan telah dibuat hasil daripada penggunaan ciri keselamatan tertentu oleh anda dan cara panggilan tersebut dibuat. Semua data di atas mungkin diagregatkan dan dianalisis pada peranti iOS dan Apple Watch anda sebelum dihantar kepada Apple.
 
Dengan mendayakan Ciri Keselamatan, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin memproses dan menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai.
 
Anda boleh memilih untuk menyahdayakan Tingkatkan Ciri Keselamatan pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk menyahaktifkan Tingkatkan Keselamatan.
 
Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 September 2023