-
Tingkatkan Siri dan Perencanaan & Privasi
-
Tingkatkan Siri dan Perencanaan membenarkan Apple menyimpan dan membolehkan pekerja menyemak sampel interaksi audio dengan Siri dan Perencanaan untuk membantu Apple membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan serta ciri pemprosesan bahasa lain yang terhad seperti Terjemah atau Kawalan Suara.
Tingkatkan Siri dan Perencanaan membenarkan Apple menyimpan dan membolehkan pekerja menyemak sampel interaksi audio dengan Siri, Perencanaan dan Terjemah untuk membantu Apple membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan serta ciri pemprosesan bahasa lain yang terhad seperti Terjemah atau Kawalan Suara.
-
Siri dan Perencanaan
Jika anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan, Apple mungkin menyimpan audio interaksi anda dengan Siri dan Perencanaan. Data audio, transkrip dan data permintaan yang berkaitan, seperti kategori permintaan yang anda lakukan, spesifikasi peranti, statistik prestasi serta lokasi anggaran peranti anda pada waktu permintaan dibuat, mungkin digunakan untuk membangunkan serta meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple. Contohnya, transkrip mungkin digunakan untuk memperhalus Siri, Carian, Kawalan Suara, Terjemah dan model pengecaman pertuturan automatik. Subset data ini mungkin disemak oleh penggred, dengan semakan audio dilakukan hanya oleh pekerja Apple.
Sejarah permintaan anda, yang termasuk data audio, transkrip dan data permintaan berkaitan anda, dikaitkan dengan pengecam rawak yang dijana peranti yang digilirkan berbilang kali setiap jam dan tidak terikat kepada Akaun Apple atau alamat e‑mel anda. Apple boleh menyimpan dan menggunakan data ini hingga dua tahun untuk membangunkan serta meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk serta perkhidmatan Apple.
Sejarah interaksi Siri dan Perencanaan anda disimpan pada peranti anda dan mungkin digunakan untuk memperibadikan pengalaman Siri anda.
Sejarah permintaan anda tidak digunakan untuk membina profil pemasaran dan tidak pernah dijual kepada sesiapa.
Jika satu daripada interaksi Siri atau Perencanaan anda dipilih untuk disemak, permintaan, juga respons yang diberikan oleh Siri, akan dianalisis untuk menentukan ketepatan dan meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple. Bergantung pada konteks permintaan anda, pengulas mungkin mengakses data kontekstual tambahan yang berkaitan terus dengan permintaan, seperti nama kenalan anda atau app yang dipasang pada peranti anda, untuk mengelaskan keberkesanan respons Siri. Hanya pekerja Apple, tertakluk pada kewajipan kerahsiaan yang ketat, boleh mengakses interaksi audio dengan Siri dan Perencanaan. Anda boleh menukar seting anda untuk Tingkatkan Siri dan Perencanaan pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan.
Anda boleh memadamkan transkrip permintaan Siri dan Perencanaan anda yang disimpan pada peranti anda dengan pergi ke Seting > Siri > Sejarah Siri & Perencanaan dan mengetik Padam Sejarah Siri & Perencanaan.
Anda boleh menyahdayakan Siri dan Perencanaan dengan pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci dan mengetik untuk menyahaktifkan Dayakan Perencanaan. Kemudian, pergi ke Seting > Siri > Cakap dengan Siri untuk dan ketik Tak Aktif, serta pergi ke Seting > Siri dan ketik untuk menyahaktifkan “Butang Utama untuk Siri” atau “Tekan Butang Sisi untuk Siri”. Interaksi anda yang dikaitkan dengan pengecam rawak dipadamkan jika anda menyahdayakan Siri dan Perencanaan.
Terjemah
Jika anda mengikut serta dalam Tingkatkan Siri dan Perencanaan, audio, input teks dan transkrip permintaan Terjemah anda, yang dikaitkan dengan pengecam rawak bergilir yang dijana oleh peranti, mungkin disimpan dan disemak untuk membangunkan serta meningkatkan Siri, Perencanaan, Terjemah dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk serta perkhidmatan Apple.
Permintaan Terjemah anda mungkin disimpan sehingga dua tahun untuk membantu Apple membangunkan dan meningkatkan Siri, Perencanaan, Terjemah serta fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad. Contohnya, transkrip mungkin digunakan untuk memperhalus Siri, Carian, Kawalan Suara, Terjemah dan model pengecaman pertuturan automatik. Jika salah satu interaksi Terjemah anda dipilih untuk semakan, permintaan terjemahan, serta balasan terjemahan yang diberikan, akan dianalisis untuk menentukan ketepatan. Hanya pekerja Apple, tertakluk pada kewajipan kerahsiaan yang ketat, boleh mengakses audio Terjemah anda. Subset kecil interaksi Terjemah anda yang telah disemak mungkin disimpan selama lebih daripada dua tahun untuk peningkatan berterusan Siri, Perencanaan, Terjemah dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple.
Umum
Keutamaan mengikut serta yang anda pilih semasa anda menyediakan iPhone atau iPad akan digunakan pada sebarang peranti disambungkan Apple atau aksesori HomeKit yang disokong baharu yang disediakan dengan iPhone atau iPad tersebut yang telah mengaktifkan Siri. Anda boleh menukarnya kemudian dalam seting untuk setiap peranti.
Dengan mendayakan Tingkatkan Siri dan Perencanaan, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya, untuk menyediakan dan meningkatkan Siri, Perencanaan, Carian, Terjemah dan fungsi pemprosesan bahasa lain yang terhad dalam produk dan perkhidmatan Apple seperti yang diterangkan di atas. Apple mungkin memproses dan menyimpan maklumat ini dengan penyedia khidmat pihak ketiga yang dipercayai. Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple daripada penggunaan Siri, Perencanaan atau Terjemah oleh anda akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.
Tarikh Terbitan: 15 September 2025