Tingkatkan Mod Kerusi Roda & Privasi

Tingkatkan Mod Kerusi Roda direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Tingkatkan Mod Kerusi Roda menghantar maklumat latihan dan aktiviti kerusi roda daripada iPhone dan Apple Watch kepada Apple untuk membantu Apple meningkatkan dan memahami keberkesanan ciri kesihatan dan kecergasan pada peranti Apple. Data anda tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain dan tidak menyertakan maklumat pengenalpastian peribadi. Maklumat ini menyertakan data latihan dan aktiviti kerusi roda (seperti jam pusing, bilangan tolakan, minit senaman dan peratusan pelengkapan gelang pergerakan).