iTunes Store & Privasi

Carian, pelayaran, pembelian dan skor kepercayaan peranti anda mungkin digunakan untuk memperibadikan pengalaman anda, menghantar pemberitahuan kepada anda termasuk bagi pemasaran Apple, meningkatkan iTunes Store dan kedai dalam talian Apple yang lain, serta mencegah penipuan.
 

iTunes Store direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Kami mengumpulkan data peribadi anda supaya kami dapat menyediakan kepada anda kandungan yang anda beli, muat turun atau mahu kemas kini dalam iTunes Store dan kedai dalam talian Apple yang lain, termasuk App Store dan Apple Books.
  • Kami juga menggunakan maklumat tentang akaun, pembelian dan muat turun anda dalam kedai untuk menawarkan pengiklanan bagi memastikan iklan pada App Store, Apple News dan Saham, jika tersedia, adalah berkaitan dengan anda. Anda mempunyai pilihan berhubung dengan pengiklanan ini, seperti yang diterangkan di bawah.
  • Kami menggunakan maklumat tentang pembelian, muat turun dan aktiviti anda yang lain dalam kedai untuk memperibadikan ciri, menawarkan pengesyoran yang diperibadikan dan menghantar pemberitahuan kepada anda, termasuk bagi pemasaran Apple. Anda boleh menarik diri daripada penggunaan data ini untuk tujuan ini, seperti yang diterangkan di bawah.
  • Untuk membantu mengecam dan mencegah penipuan, maklumat tentang cara anda menggunakan peranti anda, termasuk bilangan anggaran panggilan telefon atau e-mel yang anda hantar dan terima, akan digunakan untuk mengira skor kepercayaan peranti apabila anda cuba membeli. Penghantaran direka bentuk supaya Apple tidak boleh mengetahui nilai sebenar pada peranti anda. Skor disimpan untuk masa yang ditetapkan pada pelayan kami.
  • Untuk mencari cara meningkatkan kedai, kami menggunakan maklumat tentang pelayaran, pembelian, carian dan muat turun anda. Rekod ini disimpan bersama alamat IP, pengecam unik rawak (jika wujud) dan Apple ID apabila anda didaftar masuk ke App Store atau kedai dalam talian Apple yang lain.

Menyediakan Kedai

Kami menggunakan data peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri dalam iTunes Store dan kedai dalam talian Apple yang lain. Maklumat ini termasuk, contohnya, maklumat akaun dan bayaran anda, yang boleh anda akses dan tukar dalam seting serta sejarah pembelian anda.

Apabila anda memuat turun kandungan daripada iTunes Store, pengecam seperti ID perkakasan dan alamat IP peranti anda dilog oleh Apple bersama-sama Apple ID anda.

Apple akan menyediakan kandungan iTunes yang anda muat turun secara automatik kepada anda pada tab Pustaka app Apple Music, Apple TV atau Apple Books sebagaimana berkaitan dengan jenis kandungan yang telah anda muat turun.

Meningkatkan Kedai

Untuk meningkatkan pengalaman dalam iTunes Store dan kedai dalam talian Apple yang lain, kami mengumpulkan maklumat tentang penggunaan iTunes Store oleh anda, termasuk masa anda membuka atau menutup kedai, kandungan yang anda cari, kandungan yang anda lihat serta muat turun dan interaksi anda dengan pemberitahuan. Kami juga mengumpulkan maklumat tentang peranti anda seperti jenis peranti, versi sistem pengendalian anda dan jumlah ruang kosong pada peranti anda. Kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk menilai sama ada kandungan yang diminta boleh dimuat turun, memahami aliran umum dalam penggunaan storan peranti dan sama ada peranti anda disambungkan melalui Wi-Fi atau selular. Contohnya, kami boleh menggunakan maklumat ini melalui cara berikut:

  • Perkara yang anda cari memudahkan kami menawarkan carian popular.
  • Mengetahui kandungan yang anda lihat atau muat turun membolehkan kami menawarkan ciri yang diperibadikan.
  • Mengetahui ruang kosong pada peranti anda membenarkan kami membina ciri yang membolehkan anda membeli filem pada iPhone anda tanpa memuat turunnya ketika pembelian.

Memperibadikan Kedai

Kami menggunakan interaksi anda dengan iTunes Store untuk membantu anda menemui kandungan yang paling berkaitan dengan anda. Contohnya, kami mengesyorkan kandungan yang kami berpendapat akan diminati oleh anda berdasarkan perkara yang anda telah cari, lihat, muat turun, kemas kini atau ulas sebelumnya dalam iTunes Store. Kami juga menggunakan sejarah pembelian dan kaedah bayaran anda bersama maklumat akaun yang diperoleh daripada Apple ID anda. Anda boleh menyahdayakan ciri pemeribadian dalam App Store, Apple Books, iTunes Store, Apple TV, Podcast dan untuk langganan daripada Apple dengan menyahaktifkan Pengesyoran Diperibadikan untuk Apple ID anda. Pada peranti iOS atau iPadOS anda, pergi ke Seting > [nama anda] > Media & Pembelian, ketik Lihat Akaun dan kemudian ketik untuk menyahaktifkan Pengesyoran Diperibadikan.

Berkomunikasi dengan Anda

Apple mungkin menggunakan maklumat tentang akaun anda, seperti produk Apple yang anda miliki dan langganan anda kepada perkhidmatan Apple, untuk berkomunikasi dengan anda tentang iTunes Store dan produk, perkhidmatan, serta tawaran lain Apple yang mungkin menarik minat anda. Apple juga mungkin menggunakan maklumat tentang aktiviti anda dalam iTunes Store untuk menghantar komunikasi kepada anda tentang ciri baharu, kandungan dan tawaran yang tersedia pada iTunes Store dan Apple Music, Apple TV dan Apple Books mungkin menghantar komunikasi kepada anda tentang kandungan iTunes anda yang disediakan oleh Apple dalam app tersebut.

Pemasaran E-mel
Anda mungkin menerima komunikasi ini melalui e-mel, jika anda bersetuju menerima pemasaran e-mel. Anda boleh menukar keutamaan e-mel anda dan menarik diri daripada menerima e-mel ini dengan pergi ke appleid.apple.com/my atau pada peranti iOS atau iPadOS anda dengan pergi ke Seting > [nama anda] > Nama, Nombor Telefon, E-mel.

Pemberitahuan Push
Anda juga mungkin menerima komunikasi ini melalui pemberitahuan push. Untuk mengemas kini keutamaan pemberitahuan anda atau menarik diri daripada pemberitahuan pada peranti iOS atau iPadOS anda, pergi ke Seting > Pemberitahuan > iTunes Store.

Pengiklanan

Pengiklanan dihantar Apple membantu orang menemui app, produk dan perkhidmatan pada App Store, Apple News dan Saham. Kami menggunakan maklumat tentang peranti, akaun, pembelian, langganan dan muat turun anda untuk memastikan bahawa iklan adalah berkaitan. Apabila anda mencari di App Store, kami turut menggunakan istilah carian anda. Kami mencipta kumpulan orang, yang dipanggil segmen, yang berkongsi sifat yang serupa dan menggunakan kumpulan ini untuk menyiarkan iklan yang disasarkan. Maklumat tentang anda digunakan untuk menentukan segmen yang ditetapkan pada anda dan dengan itu, iklan yang anda terima. Untuk melindungi privasi anda, iklan disasarkan akan disiarkan hanya jika lebih daripada 5,000 orang menepati kriteria disasarkan. Maklumat yang digunakan untuk menentukan iklan yang berkaitan dengan anda dikaitkan dengan pengecam rawak dan tidak dikaitkan dengan Apple ID anda.

Jika seting Iklan Diperibadikan diaktifkan, platform pengiklanan Apple mungkin menggunakan maklumat anda untuk memberikan iklan yang lebih berkaitan kepada anda. Jika anda tidak mahu menerima iklan yang disasarkan pada minat anda daripada platform pengiklanan Apple, anda boleh memilih untuk menyahaktifkan Iklan Diperibadikan. Menyahaktifkan Iklan Diperibadikan akan menghalang Apple daripada menggunakan maklumat anda untuk penyasaran iklan. Ini mungkin tidak mengurangkan bilangan iklan yang anda terima, tetapi iklan mungkin kurang berkaitan kepada anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Pengiklanan Apple & Privasi di www.apple.com/legal/privacy/data/ms/apple-advertising.

Ketahui cara menarik diri daripada iklan diperibadikan pada App Store, Apple News dan Saham di support.apple.com/kb/HT202074.

Perkongsian dengan Pihak Ketiga

Kami berkewajipan untuk memberikan sedikit data bukan peribadi kepada rakan kongsi strategik yang bekerjasama dengan Apple untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami, membantu Apple memasarkan kepada pelanggan dan menjual iklan bagi pihak Apple untuk dipaparkan dalam App Store, Apple News dan Saham. Contohnya, kami mungkin berkongsi data bukan peribadi tentang pembelian kandungan anda dengan pemilik kandungan, supaya mereka boleh mengukur prestasi karya kreatif mereka, memenuhi keperluan royalti dan perakaunan serta meningkatkan produk dan perkhidmatan mereka.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda dalam iTunes Store umumnya untuk pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan.

Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses data peribadi mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga untuk:

  • Memaparkan kandungan berkaitan dan menilai sama ada peranti anda mempunyai ruang mencukupi untuk memuat turun kandungan yang diminta
  • Membantu meningkatkan dan mengoptimumkan iTunes Store untuk anda dan orang lain
  • Menghantar tawaran kepada anda menerusi e-mel dan pemberitahuan push yang mungkin menarik minat anda, serta untuk mencipta segmen untuk menyiarkan iklan kepada anda dalam iTunes Store
  • Menyediakan pelaporan kepada penyedia kandungan tentang pembelian kandungan mereka
  • Mencegah penipuan dan aktiviti berniat jahat lain
  • Data yang digunakan termasuk:
  • Penggunaan app iTunes Store oleh anda, seperti interaksi anda dengan kandungan yang anda cari, lihat, muat turun dan beli, serta pemberitahuan iTunes Store
  • Butiran tentang peranti dan akaun anda
  • Lokasi anda dan alamat IP anda
  • Skor kepercayaan peranti

Pengekalan

Kami mengekalkan data peribadi yang dikaitkan dengan pembelian dan muat turun anda pada iTunes Store untuk tempoh yang ditentukan oleh undang-undang berkenaan yang berkaitan dengan pelaporan kewangan yang berbeza-beza mengikut rantau. Untuk kebanyakan pelanggan, ini memerlukan tempoh pengekalan sekurang-kurangnya selama 10 tahun, tetapi di rantau seperti China, tempoh tersebut boleh menjadi 30 tahun. Kami juga mengekalkan rekod pembelian dan muat turun kandungan oleh anda selama sekurang-kurangnya tempoh masa anda mempunyai akaun dengan kami untuk membolehkan anda memuat turun kandungan tersebut sekali lagi selaras dengan syarat kami yang berkenaan. Kami mengekalkan maklumat lain seperti aktiviti pelayaran dan carian selama tempoh masa yang lebih pendek. Tempoh yang dipilih mengambil kira keperluan undang-undang yang berkenaan untuk mengekalkan data dan kes penggunaan perniagaan tertentu. Walau bagaimanapun, sesetengah maklumat, seperti pembelian, tetapi bukan butiran kad anda yang disimpan, mungkin dikekalkan sebagai rekod perniagaan walaupun selepas anda menutup akaun anda atau berhenti menggunakan iTunes Store atau kedai dalam talian Apple lain.

Apabila anda menggunakan kad bayaran, Apple mungkin mengekalkan dan mengemas kini nombor kad serta maklumat pengebilan anda secara automatik untuk pembelian masa depan, transaksi berulang atau penggunaan lain yang anda benarkan. Apple mungkin mendapatkan maklumat ini daripada institusi kewangan atau rangkaian bayaran anda dan turut menggunakannya untuk pencegahan penipuan serta pengesahan.

Mencegah Penipuan dan Aktiviti Berniat Jahat Lain

Kami turut mengumpulkan data peribadi untuk mencegah penipuan dan aktiviti berniat jahat lain dalam iTunes Store dan kedai dalam talian Apple yang lain, serta app dan perkhidmatan Apple yang lain. Maklumat ini termasuk maklumat peranti, seperti jenis peranti dan versi perisian, maklumat lokasi (jika tersedia), sejarah muat turun dan pembelian serta interaksi lain dengan kedai. Apabila anda memulakan pembelian, Apple mungkin menggunakan sejarah hubungan perniagaan anda dengan Apple untuk memproses permintaan dan menentukan sama ada untuk menyediakan produk atau perkhidmatan sebelum pengesahan oleh rakan kongsi bayaran.

Kami juga mengira skor kepercayaan peranti pada peranti anda apabila anda cuba membeli menggunakan maklumat tentang cara anda menggunakan peranti anda, termasuk anggaran bilangan panggilan telefon atau e-mel yang anda hantar dan terima. Penghantaran direka bentuk supaya Apple tidak boleh mengetahui nilai dasar pada peranti anda. Skor disimpan untuk masa yang ditetapkan pada pelayan kami.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 September 2023