Pembersihan Mail iCloud & Privasi

Pengesyoran Pembersihan Mail iCloud adalah berdasarkan kategori dan metadata sedia ada e‑mel anda yang disimpan dalam iCloud. Metadata ini tidak termasuk kandungan isi e‑mel anda.
 

Pembersihan Mail iCloud direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Privacy Icon

  • Pengesyoran Pembersihan Mail iCloud membantu anda memastikan peti masuk anda bersih dan mengosongkan storan.
  • Pengesyoran adalah berdasarkan kategori dan metadata sedia ada e‑mel anda yang disimpan dalam iCloud, seperti maklumat pengepala e‑mel.
  • Anda boleh menyahaktifkan Pembersihan Mail iCloud dalam Seting pada bila-bila masa.

Pembersihan Mail iCloud memberi anda pengesyoran untuk membantu anda memastikan peti masuk anda bersih dan mengosongkan storan. Pengesyoran adalah, sebahagiannya, berdasarkan kategori e‑mel. Apabila mengakses e‑mel iCloud anda dalam app Mail pada iOS, pemprosesan pengkategorian berlaku sepenuhnya pada peranti. Untuk Pembersihan Mail iCloud, Apple memproses data pengkategorian tersebut, bersama-sama metadata e‑mel iCloud lain yang disimpan dalam iCloud, untuk mengesyorkan anda mengambil tindakan tertentu, seperti memadamkan promosi lama, menyahlanggan daripada senarai mel dan banyak lagi. Jika anda mengakses Mail iCloud di iCloud.com, Apple memproses metadata e‑mel tertentu, seperti maklumat pengepala e‑mel, untuk mengkategorikan e‑mel iCloud serta memberikan pengesyoran Pembersihan.

Anda mempunyai keupayaan untuk menyahaktifkan Pembersihan Mail iCloud pada iOS dan iCloud.com pada bila-bila masa dalam seting.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda di iCloud.com umumnya untuk pelaksanaan kontrak anda dengan Apple, seperti yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya berpandukan undang-undang yang berkenaan.

Pengekalan

Apple mengekalkan data peribadi hanya setakat yang perlu untuk memenuhi tujuan yang data tersebut dikumpulkan, termasuk seperti yang diterangkan dalam notis ini dan berpandukan Dasar Privasi Apple atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh sah paling singkat yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.

2025-12-12