Mesej & Privasi

Anda boleh mendaftarkan nombor telefon atau Apple ID anda untuk menghantar iMessage. Apple mengekalkan maklumat terhad tentang penggunaan iMessage, seperti sama ada peranti anda layak untuk menggunakan iMessage, sehingga 30 hari.
 

Mesej direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Mesej disandarkan dalam iCloud dan disulitkan jika anda mendayakan Sandaran iCloud atau Mesej dalam iCloud.
  • iMessage disulitkan hujung ke hujung. Nombor telefon atau alamat e-mel yang anda gunakan ditunjukkan kepada orang yang anda hubungi dan anda boleh memilih untuk berkongsi nama serta foto anda.
  • Apple mengekalkan maklumat terhad tentang penggunaan iMessage, seperti sama ada peranti anda layak untuk menggunakan iMessage, sehingga 30 hari.

Mesej ialah app yang membolehkan pengguna berkomunikasi melalui SMS, MMS, iMessage dan Apple Messages for Business. iMessage ialah perkhidmatan Apple yang menghantar mesej kepada peranti iOS lain (dengan iOS 5 atau lebih baharu), peranti iPadOS, peranti visionOS, Mac (dengan OS X 10.8 atau lebih baharu) dan Apple Watch. Mesej ini tidak diambil kira dalam pelan pemesejan anda. Mesej yang dihantar melalui iMessage boleh menyertakan foto, video dan maklumat lain.

Kami mereka bentuk iMessage untuk menggunakan penyulitan hujung ke hujung, supaya Apple tidak dapat menyahsulitkan kandungan perbualan anda apabila ia sedang dihantar antara peranti. Lampiran yang anda hantar melalui iMessage (seperti foto atau video) disulitkan supaya tiada sesiapa kecuali pengirim dan penerima boleh mengaksesnya. Lampiran disulitkan ini mungkin dimuat naik kepada Apple. Untuk meningkatkan prestasi, peranti anda mungkin memuat naik lampiran kepada Apple secara automatik semasa anda mengarang iMessage. Jika mesej anda tidak dihantar, lampiran dipadamkan daripada pelayan selepas 30 hari. Apabila kod laluan atau kata laluan disetkan pada peranti iOS, iPadOS, visionOS atau watchOS anda, mesej yang disimpan disulitkan pada peranti anda supaya ia tidak boleh diakses melainkan peranti telah dibuka kunci.

Anda boleh memilih untuk memadamkan iMessage anda secara automatik daripada peranti anda selepas 30 hari atau setahun, atau menyimpannya pada peranti anda selama-lamanya. Untuk kemudahan anda, SMS, MMS, Apple Messages for Business dan iMessage disandarkan dalam iCloud dan disulitkan jika anda mendayakan sama ada Sandaran iCloud atau Mesej dalam iCloud. Anda boleh menyahaktifkan Sandaran iCloud dan juga Mesej dalam iCloud pada bila-bila masa anda inginkan. Pada peranti iOS, iPadOS atau visionOS anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud. Pada Mac, pergi ke Mesej > Seting > iMessage dan nyahpilih Dayakan Mesej dalam iCloud.

Anda boleh mendaftar masuk ke iMessage menggunakan Apple ID anda atau hanya nombor telefon anda. Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda pada peranti anda, anda akan daftar masuk ke iMessage secara automatik. Apple ID atau nombor telefon anda akan ditunjukkan kepada orang yang anda hubungi dan orang dapat menghubungi anda menggunakan Apple ID anda serta alamat e-mel atau nombor telefon pada akaun anda. Anda boleh memilih nombor telefon atau alamat e-mel yang ingin anda gunakan untuk memulakan perbualan baharu dan nombor telefon atau alamat e-mel yang boleh digunakan untuk menerima dan membalas mesej anda, dalam seting iMessage. Anda boleh menambah dan mengesahkan maklumat Boleh Dihubungi Melalui tambahan daripada halaman akaun Apple ID anda di appleid.apple.com/my.

Dikongsi dengan Anda berfungsi merentas sistem untuk mencari artikel, muzik, rancangan TV, foto dan banyak lagi yang dikongsi dalam perbualan Mesej dan memaparkannya dengan mudah dalam app seperti Foto, Safari, Apple News, Apple Music dan Apple Podcasts, yang memudahkan anda mengakses maklumat dalam konteks dengan cepat. Apple tiada akses kepada kandungan yang ditanda tanpa keizinan anda. Anda boleh menyahdayakan Dikongsi dengan Anda pada bila-bila masa pada peranti iOS atau iPadOS anda dengan pergi ke Seting > Mesej > Dikongsi dengan Anda, kemudian mengetik untuk menyahaktifkan Dikongsi dengan Anda. Pada peranti visionOS anda, pergi ke Seting > App > Mesej > Dikongsi dengan Anda, kemudian ketik untuk menyahaktifkan Dikongsi dengan Anda. Pada Mac, pergi ke Mesej > Seting > Dikongsi dengan Anda. Anda juga boleh mengawal sama ada setiap app mengambil bahagian dalam Dikongsi dengan Anda dengan mengetik atau memilihnya di bahagian Dikongsi dengan Anda.

Kongsi Nama dan Foto membenarkan anda berkongsi nama dan foto dengan orang yang anda iMessage. Anda boleh memilih untuk berkongsi hanya dengan kenalan anda secara automatik, atau untuk digesa setiap kali. Nama dan foto dikongsi anda akan dihantar dengan iMessage seterusnya anda kepada orang yang anda kongsikan serta disimpan pada peranti mereka. Jika anda berkongsi nama dan foto anda dengan perbualan iMessage bersama berbilang orang, nama dan foto anda akan dihantar kepada semua orang dalam perbualan. Anda boleh mengemas kini nama dan foto anda pada bila-bila masa. Jika anda berkongsi secara automatik, kemas kini akan dihantar apabila anda kemudiannya menghantar iMessage kepada setiap orang yang anda kongsikan. Jika anda telah kongsikan nama dan foto anda serta kemudiannya menyahaktifkan perkongsian, orang lain yang menerima nama dan foto anda sebelum ini mungkin masih mempunyai maklumat anda pada peranti mereka. Nama dan foto yang anda pilih untuk mesej akan dihantar kepada Apple dan disimpan pada pelayan Apple serta disulitkan dengan cara yang Apple tidak dapat lihat.

Apple mungkin merekodkan dan menyimpan sesetengah maklumat berkaitan dengan penggunaan app Mesej serta perkhidmatan iMessage anda untuk mengendalikan dan meningkatkan produk dan perkhidmatan Apple:

  • Apple mungkin menyimpan maklumat tentang penggunaan iMessage anda dalam cara yang tidak mengenal pasti anda.
  • Apple mungkin menyimpan maklumat yang dihantar kepada Apple apabila anda atau orang lain melaporkan mesej spam atau sarap.
  • Apple mungkin menyimpan iMessages yang tidak boleh dihantar sehingga 30 hari untuk penghantaran semula.
  • Sesetengah app pada peranti anda (termasuk Mesej) mungkin berkomunikasi dengan pelayan Apple untuk menentukan sama ada orang lain boleh dihubungi melalui iMessage. Apabila ini berlaku, Apple mungkin menyimpan nombor telefon dan alamat e-mel berkaitan dengan akaun anda ini, sehingga 30 hari.

Dengan menggunakan ciri ini, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 5 Mac 2024