Apple Messages for Business & Privasi

Apple Messages for Business disulitkan dan Apple tidak membaca kandungan mesej anda dengan perniagaan lain. Maklumat tentang sesi anda mungkin digunakan untuk menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan.
 

Apple Messages for Business direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Privacy Icon

  • Apple Messages for Business disulitkan antara peranti anda dan pelayan Apple serta apabila Apple menghantarnya kepada perniagaan.
  • Apple tidak membaca kandungan mesej anda dengan perniagaan lain.
  • Peranti anda akan mencadangkan nombor telefon yang boleh menyokong Apple Messages for Business dengan menyemak pelayan Apple menggunakan kaedah pengekalan privasi.

Anda boleh menggunakan Apple Messages for Business untuk berinteraksi dengan perniagaan, termasuk membuat bayaran menggunakan Apple Pay. Mesej ini mempunyai latar belakang kelabu untuk membezakannya daripada iMessage dan SMS standard. Apple Messages for Business disulitkan antara peranti anda dengan pelayan Apple dan apabila Apple menghantarnya kepada perniagaan. Apple tidak membaca kandungan perbualan Apple Messages for Business anda dengan perniagaan lain.

Apple boleh menyemak sama ada peranti anda layak untuk Apple memulakan perbualan Apple Messages for Business bersama anda. Apabila anda berbual dengan Apple, Apple akan menerima pengecam yang dikaitkan dengan Apple ID atau nombor telefon anda. Maklumat ini dan perbualan anda, mungkin digunakan untuk menyokong interaksi anda dengan Apple.

Apabila anda memulakan perbualan dengan perniagaan lain, mereka diberikan pengecam sesi. Perniagaan lain juga mungkin menerima maklumat tambahan yang terhad. Contohnya, jika anda mencari dalam Peta untuk bank dan memulakan perbualan Apple Messages for Business, perniagaan mungkin dimaklumkan tentang cawangan yang anda pilih. Maklumat ini, apabila disimpan oleh perniagaan tersebut, serta maklumat lain yang anda berikan kepada perniagaan, ditadbir oleh dasar privasi mereka. Kami menggalakkan anda mengetahui syarat, dasar privasi dan amalan perniagaan yang anda berbual untuk memahami cara mereka menggunakan serta berkongsi maklumat ini.

Anda boleh melanggan Kemas Kini Perniagaan dengan memberikan nombor telefon dan pengesahan anda terus kepada perniagaan. Kemas Kini Perniagaan membenarkan perniagaan untuk menghantar mesej kemas kini kepada anda seperti butiran tentang pembelian anda. Jika anda membalas kepada Kemas Kini Perniagaan, Apple akan memberikan pengecam sesi perbualan Apple Messages for Business anda kepada perniagaan untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan. Jika anda tidak lagi mahu menerima Kemas Kini Perniagaan, anda boleh menyahdayakannya dengan pergi ke Seting > Mesej > Mesej untuk Perniagaan > Kemas Kini Perniagaan.

Peranti anda akan mencadangkan nombor telefon yang boleh menyokong Apple Messages for Business. Apabila nombor telefon dipilih, peranti anda akan bertanya kepada pelayan Apple jika nombor tersebut menyokong Apple Messages for Business menggunakan kaedah pengekalan privasi. Peranti anda akan meminta pelayan Apple satu blok nombor telefon yang mungkin atau mungkin tidak mengandungi nombor dipilih. Peranti anda akan menggunakan maklumat yang dikembalikan oleh pelayan Apple untuk menentukan sama anda nombor tersebut menyokong Apple Messages for Business.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Apabila anda menggunakan Apple Messages for Business, kami memproses data peribadi anda mengikut keperluan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan.

Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses kategori data peribadi berikut mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga, termasuk maklumat tentang:

  • Sama ada anda telah mendayakan Apple Messages for Business dan jika peranti anda berupaya menerima Mesej pada masa ini
  • Sesi anda, seperti tempoh dan bilangan mesej yang dihantar
  • Perbualan anda dengan Apple

Kepentingan sah ini termasuk untuk:

  • Menyelesaikan masalah, mencegah penipuan atau kegiatan jenayah, atau meningkatkan produk dan perkhidmatan berkaitan seperti Peta Apple serta Spotlight
  • Membantu menyelenggarakan seni bina Apple Messages for Business dan meningkatkan serta mengoptimumkan perkhidmatan untuk anda dan orang lain

Jika pertanyaan anda berkaitan dengan Apple Card dan dimajukan kepada Goldman Sachs untuk perkhidmatan, Apple akan berkongsi maklumat tentang anda dan pertanyaan anda dengan Goldman Sachs supaya mereka boleh membantu anda dengan lebih baik. Goldman Sachs tersedia untuk membantu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Goldman Sachs juga tersedia melalui telefon di 877-255-5923 atau melalui surat di Goldman Sachs Bank USA, P.O. Box 45400, Salt Lake City, Utah 84115-0400.

Pengekalan

Apple mengekalkan data peribadi hanya setakat yang perlu untuk memenuhi tujuan yang data tersebut dikumpulkan, termasuk seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Apple atau dalam notis privasi khusus perkhidmatan kami, atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan dan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh paling singkat yang mungkin yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 5 Mac 2024