Audio Ruang Diperibadikan & Privasi

Profil peribadi untuk Audio Ruang direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Profil Audio Ruang peribadi menyesuaikan audio agar lebih sepadan dengan cara anda mendengar bunyi secara peribadi. Jika anda memilih untuk mencipta profil Audio Ruang, peranti anda menggunakan kamera TrueDepth untuk mencipta perwakilan bentuk telinga dan kepala anda. Data kamera yang digunakan untuk membangunkan profil anda diproses sepenuhnya pada peranti dan imej tidak disimpan.

Audio Ruang Diperibadikan menggunakan profil peribadi anda semasa main balik audio untuk menukar cara audio dipersembahkan pada peranti bersambung seperti AirPods. Contohnya, profil peribadi anda untuk Audio Ruang mungkin digunakan untuk melaraskan kelewatan pemprosesan bunyi untuk membantu meningkatkan pengalaman audio anda pada peranti yang menyokong Audio Ruang. Profil peribadi anda untuk Audio Ruang akan diselaraskan merentas peranti Apple anda menggunakan penyulitan hujung ke hujung jika anda menggunakan iCloud dan tidak boleh dibaca oleh Apple.

Anda boleh memadamkan profil peribadi anda untuk Audio Ruang pada bila-bila masa. Pada peranti iOS anda, pergi ke Seting > [nama peranti didayakan Audio Ruang anda] > Audio Ruang Diperibadikan, kemudian ketik Berhenti Menggunakan Audio Ruang Diperibadikan. Pada Mac, pergi ke Seting Sistem > [nama peranti didayakan Audio Ruang anda] > Audio Ruang Diperibadikan, kemudian klik Berhenti Menggunakan Audio Ruang Diperibadikan. Menyahdayakan Audio Ruang Diperibadikan akan memadamkan profil daripada semua peranti anda.

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022