Penilaian & Foto & Privasi

Foto yang anda sumbangkan dipautkan dengan Apple ID anda. Imej tanpa data peribadi mungkin digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan dan imej sampel yang tidak memenuhi Syarat kami mungkin digunakan untuk meningkatkan keupayaan kami bagi menapis kandungan sedemikian pada masa akan datang. Anggaran lokasi anda akan dihantar kepada Apple dan digunakan untuk mengesahkan kesahihan.
 

Penilaian & Foto membenarkan anda menyiarkan imej, penilaian atau kandungan lain (“Penghantaran”) ke tempat tarikan (“POI”) pilihan anda.

Privacy Icon

  • Foto yang anda kongsi dipautkan dengan Apple ID anda untuk mengekalkan integriti perkhidmatan. Penilaian dikaitkan dengan pengecam yang digilirkan secara kerap dan tidak dipautkan dengan Apple ID anda.
  • Aktiviti lain anda dalam Peta selain Penilaian & Foto dan Laporkan Isu tidak dikaitkan dengan Apple ID anda dan kekal dikaitkan dengan pengecam rawak yang mereset dirinya semasa anda menggunakan app.
  • Imej tanpa data peribadi mungkin digunakan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan serta imej sampel yang tidak memenuhi Syarat kami mungkin digunakan untuk meningkatkan keupayaan kami bagi menapis keluar kandungan sedemikian pada masa akan datang.

Penilaian & Foto dan semua perkhidmatan Apple direka bentuk daripada asas untuk melindungi privasi anda. Kami bekerja keras untuk mengumpul hanya data yang kami perlukan bagi menjadikan pengalaman anda lebih baik. Apabila kami mengumpul data, kami percaya penting untuk anda mengetahui kandungan yang kami kumpul dan sebab kami memerlukannya, supaya anda boleh membuat pilihan termaklum.

Menyediakan Penilaian & Foto

Untuk memuat naik Foto bagi POI pilihan anda, anda mesti mempunyai Apple ID. Lokasi anggaran dan maklumat lokasi berkaitan imej anda juga akan dihantar kepada Apple dan digunakan untuk mengesahkan kesahihan Penghantaran. Penghantaran Foto anda akan dipautkan ke Apple ID anda. Penilaian yang anda hantar dikaitkan dengan pengecam yang digilirkan secara kerap dan tidak dipautkan dengan Apple ID anda. Kami juga mengumpul data bukan peribadi tertentu, seperti analitis penggunaan tentang Penghantaran anda, yang tidak dikaitkan dengan Apple ID anda.

Anda boleh menerima kredit awam untuk semua foto anda yang kelihatan dalam Peta dengan menggunakan nama panggilan pilihan anda. Jika anda memilih untuk menerima kredit, nama panggilan anda akan kelihatan kepada pengguna Peta lain pada semua foto anda yang diserahkan kepada Peta. Anda boleh berhenti menerima kredit atau menukar nama panggilan anda, dengan pergi ke Peta > Seting > Sumbangkan kepada Peta dan mengetik untuk menyahaktifkan Penilaian & Foto pada peranti iOS atau iPadOS anda, atau dengan pergi ke Peta > Seting pada Mac dan menyahpilih Tunjukkan Kredit Foto atau mengedit Nama Panggilan anda. Perubahan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk digunakan.

Anda juga boleh membenarkan syarikat yang menyediakan foto kepada Peta untuk menggunakan foto yang anda tambahkan pada Peta dalam produk dan perkhidmatan mereka sendiri. Jika anda memilih untuk membenarkan syarikat ini menggunakan foto anda, Apple akan berkongsi foto dan lokasinya, tetapi tidak akan berkongsi maklumat yang mengenal pasti anda. Jika anda pergi ke Seting > Peta > Penggunaan Foto dan mengetik untuk menyahaktifkan Benarkan Penyedia Foto Menggunakan Foto Anda pada peranti iOS dan iPadOS anda, atau pergi ke Peta > Seting > Penilaian & Foto dan menyahpilih Benarkan Penyedia Foto Menggunakan Foto Anda pada Mac, syarikat ini tidak lagi boleh menggunakan foto anda. Perubahan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk digunakan.

Apabila anda menggunakan Penilaian & Foto, imej yang menunjukkan data peribadi anda atau data peribadi tentang orang lain (contohnya, imej yang mengenal pasti orang) mungkin tidak diterima.

Peta mungkin mencadangkan bahawa anda menyerahkan penilaian atau foto jika anda telah melawat atau mengambil foto POI baru-baru ini. Cadangan ini dilakukan menggunakan pemprosesan pada peranti dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Anda boleh memilih untuk tidak menerima cadangan ini pada peranti iOS atau iPadOS anda dengan pergi ke Seting > Peta dan mengetik untuk menyahdayakan Tunjukkan Penilaian dan Cadangan Foto serta pada Mac anda dengan pergi ke Peta > Seting > Penilaian & Foto dan menyahpilih Tunjukkan Penilaian dan Cadangan Foto.

Meningkatkan Penilaian & Foto

Dalam Penilaian & Foto, kami mahu memaparkan dan mengelaskan imej paling berkaitan serta berlainan pada kad tempat POI. Penghantaran anda mungkin digunakan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan. Sebelum kami menggunakan sebarang imej untuk tujuan sedemikian, kami mengeluarkan sebarang data peribadi dan menyahkaitkan Penghantaran daripada Apple ID anda.

Kami juga mahu menapis Penghantaran yang melanggar Syarat kami (www.apple.com/legal/internet-services/maps/ratings-photos/my/terms.html). Jika anda menghantar kandungan sedemikian, tujuan kami adalah sama ada kandungan tidak akan disiarkan atau dikaburkan, akaun anda mungkin akan disekat dan dalam keadaan tertentu, kami mungkin menghubungi anda menggunakan alamat e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda. Untuk mengekalkan integriti perkhidmatan, sampel imej yang tidak memenuhi Syarat kami mungkin digunakan untuk meningkatkan keupayaan kami untuk menapis kandungan sedemikian pada masa akan datang.

Perkongsian dengan Pihak Ketiga

Data yang dihantar kepada Apple mungkin diproses dan disimpan oleh penyedia khidmat yang dipercayai.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda untuk Penilaian & Foto umumnya mengikut keperluan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya selaras dengan undang-undang tempatan yang berkenaan.

Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses kategori data peribadi berikut mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami atau pihak ketiga untuk:

  • Sahkan kesahihan Penghantaran
  • Kekalkan integriti perkhidmatan

Data yang digunakan termasuk:

  • Lokasi anggaran anda dan maklumat lokasi berkaitan imej anda
  • Sampel imej yang tidak memenuhi Syarat kami

Pengekalan

Kami mengekalkan foto yang anda hantar dalam Penilaian & Foto dan menyimpannya dengan Apple ID melainkan anda memadamkan atau mengeluarkan kandungan sedemikian atau menghantar permintaan pemadaman akaun melalui Portal Privasi Apple di privacy.apple.com atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Anda boleh memadamkan penghantaran foto anda dan mengeluarkan atau menukar penilaian anda menggunakan app Peta. Jika anda mempunyai soalan atau kebimbangan tentang cara data peribadi anda digunakan berkenaan Penilaian & Foto atau anda mahu menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami, anda boleh menghubungi kami di www.apple.com/my/privacy/contact.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 18 Mei 2023