Lapor Kebimbangan & Privasi

Laporan ini akan digunakan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan Apple, contohnya untuk melatih model. Ia akan dikaitkan dengan Akaun Apple anda. Dengan menghantar, anda memperakui bahawa anda memiliki atau mempunyai keizinan untuk memuat naik kandungan laporan, yang mungkin mengandungi maklumat dilindungi hak cipta, peribadi atau sensitif.
 

Lapor Kebimbangan direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.


Privacy Icon

  • Lapor Kebimbangan mengumpulkan maklumat untuk menyelesaikan isu yang dilaporkan. Maklumat yang dikumpulkan untuk laporan yang berkaitan dengan sesetengah ciri yang tersedia dalam Program Apple Beta Software disimpan secara berkaitan dengan Akaun Apple anda. Sebelum anda menghantar laporan ini, Akaun Apple anda akan ditunjukkan pada skrin. Semua laporan lain dikaitkan dengan pengecam unik rawak yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
  • Anda boleh menghantar maklumat tambahan bersama laporan anda untuk membantu menyelesaikan isu dengan lebih berkesan.
  • Apple boleh menggunakan maklumat yang anda hantar untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan, termasuk untuk melatih model Apple.
  • Jika anda melaporkan kebimbangan yang berkaitan dengan ChatGPT, anda boleh memilih untuk membenarkan laporan anda dikongsi dengan OpenAI.
  • Jika anda melaporkan kebimbangan yang berkaitan dengan mencari di Google menggunakan Kecerdasan Visual, anda boleh memilih untuk membenarkan laporan anda dikongsi dengan Google.

Lapor Kebimbangan membolehkan anda memberikan maklum balas kepada Apple tentang produk dan perkhidmatan kami. Apabila anda menghantar laporan, Apple mengumpulkan maklumat yang anda berikan dalam laporan, seperti jawapan kepada soalan, perihalan, foto, video, mesej dan e‑mel. Sebelum menghantar, anda boleh menyemak dan mengeluarkan sebarang maklumat serta lampiran yang tidak anda mahu sertakan dalam laporan.

Apple juga mengumpulkan model, versi sistem pengendalian dan bahasa peranti anda. Dalam sesetengah kes, Apple mungkin mengumpulkan versi model Apple Intelligence semasa anda melaporkan kebimbangan berkaitan Apple Intelligence.

Apple menggunakan maklumat ini untuk membantu menyelesaikan kebimbangan yang dilaporkan dan membangunkan, meningkatkan serta melatih produk dan perkhidmatan, termasuk model khusus ciri.

Melaporkan Kebimbangan Berkaitan Pihak Ketiga

Jika anda menggunakan sambungan ChatGPT dan anda mengalami isu, anda boleh memilih untuk memberikan maklumat secara berasingan yang berkaitan dengan kebimbangan yang anda laporkan kepada OpenAI, yang turut mengendalikan ChatGPT. Apple mungkin memberikan OpenAI maklumat tertentu daripada atau tentang laporan anda untuk membantu membetulkan kebimbangan yang telah anda kenal pasti, termasuk permintaan anda (dan sebarang bahan yang anda lampirkan pada permintaan tersebut), jawapan, maklumat tentang peranti anda dan seting peranti anda seperti jenis serta lokasi umum peranti anda dan jenis isu yang dialami. Apple berkongsi laporan dengan OpenAI hanya apabila anda memilih untuk memberikan maklumat kepada OpenAI secara berasingan dan OpenAI diperlukan untuk mengekalkan maklumat ini untuk tempoh masa yang terhad sahaja. OpenAI diperlukan untuk menggunakan maklumat tersebut untuk memahami dan menyelesaikan isu yang dilaporkan serta isu berkaitan sahaja. Maklum balas anda tidak akan dikaitkan dengan Akaun Apple anda apabila diberikan kepada OpenAI dan Apple akan mengeluarkan nama serta alamat e‑mel anda sebelum berkongsi laporan.

Jika anda memilih untuk mencari di Google menggunakan Kecerdasan Visual dan anda mengalami isu, anda boleh memilih untuk memberikan Google maklumat berkaitan dengan kebimbangan yang dilaporkan anda secara berasingan. Apple mungkin memberikan Google maklumat tertentu daripada atau tentang laporan anda untuk membantu membetulkan kebimbangan yang telah anda kenal pasti, termasuk permintaan anda (dan sebarang imej yang anda masukkan), hasil carian, jenis sistem pengendalian dan bahasa anda, serta jenis isu yang dialami. Apple berkongsi laporan dengan Google hanya apabila anda memilih untuk memberikan maklumat kepada Google secara berasingan. Maklumat yang anda kongsi dengan Google ditadbir oleh Dasar Privasi Google. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi Google, lawati https://policies.google.com/privacy?hl=en-US. Maklum balas anda tidak akan dikaitkan dengan Akaun Apple anda apabila diberikan kepada Google dan Apple akan mengeluarkan nama serta alamat e‑mel anda sebelum berkongsi laporan.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi anda untuk Lapor Kebimbangan umumnya mengikut keperluan untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Jika persetujuan ialah asas undang-undang yang bersesuaian, kami mendapatkannya berpandukan undang-undang tempatan yang berkenaan. Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses maklumat yang anda berikan dalam laporan, seperti jawapan kepada soalan, perihalan, foto, video, mesej dan e‑mel serta model peranti anda, versi sistem pengendalian, bahasa dan versi berkaitan model Apple Intelligence (jika ada) untuk tujuan kepentingan sah kami supaya kami boleh mempertahankan, mewujudkan dan melaksanakan tuntutan undang-undang.

Pengekalan

Data yang dikumpulkan oleh Apple mungkin diproses dan disimpan oleh rakan kongsi yang dipercayai. Maklumat yang anda laporkan mungkin disimpan dengan cara yang dikaitkan dengan anda hingga satu tahun atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy.

2025-12-12