Schoolwork & Privasi

Schoolwork direka dengan mengutamakan privasi pelajar.

Apple mengumpulkan data tentang penggunaan Schoolwork anda untuk menyediakan dan meningkatkan app.

Data Pelajar

Apabila anda melancarkan Schoolwork sebagai pelajar semasa mendaftar masuk ke Apple ID Terurus anda, Apple mengumpulkan data tentang aktiviti yang ditugaskan oleh guru anda kepada anda menerusi Schoolwork, seperti masa anda menandakan aktiviti sebagai lengkap dan maklum balas anda tentang aktiviti yang ditugaskan, untuk menyediakan app tersebut. Jika Sekolah atau Institusi (“Institusi”) anda mendayakan ciri Kemajuan Pelajar dalam Apple School Manager, Apple akan menerima data tentang kemajuan anda untuk aktiviti yang ditugaskan daripada app yang didayakan ClassKit (“data kemajuan”) supaya guru anda boleh memahami kemajuan pembelajaran anda dengan lebih baik. Institusi anda bertanggungjawab untuk data kemajuan anda di bawah Perjanjian Apple School Manager dan mempunyai keupayaan untuk menarik diri pelajar daripada berkongsi kemajuan mereka atas permintaan mereka. Jika anda mahu berhenti berkongsi kemajuan anda dengan Institusi anda, atau untuk memadamkan data kemajuan anda, hubungi Institusi anda.

Apple turut mengumpulkan data lokasi kasar dan data penggunaan yang tidak mengenal pasti diri terhadap pengecam kumpulan yang dikaitkan dengan institusi anda, anggaran tarikh yang anda mula menggunakan Schoolwork dan pengecam akaun yang dijana setiap 13 bulan. Apple menggunakan data ini, yang tidak dikaitkan dengan Apple ID Terurus anda, untuk menyediakan dan meningkatkan app. Contohnya, Apple mungkin mengumpulkan data yang berkaitan dengan pengecam kumpulan berkenaan masa anda melihat tugasan dan halaman tertentu dalam app, memulakan atau meneruskan aktiviti, atau membuka dokumen.

Data Guru

Apabila anda melancarkan Schoolwork sebagai guru semasa mendaftar masuk ke Apple ID Terurus anda, Apple mengumpulkan data tentang tugasan anda, seperti butiran tentang aktiviti yang ditugaskan, kelas yang anda ajar dan nama pelajar untuk menyediakan app tersebut. Apple turut mengumpulkan data lokasi kasar dan data penggunaan yang tidak mengenal pasti peribadi terhadap pengecam kumpulan yang dikaitkan dengan institusi anda, serta pengecam kumpulan yang dikaitkan dengan tugasan dan kelas anda. Apple menggunakan data ini, yang tidak dikaitkan dengan Apple ID Terurus anda, untuk menyediakan dan meningkatkan app. Contohnya, kami mungkin mengumpulkan data penggunaan berkenaan masa anda melihat tugasan dan halaman tertentu dalam app. Kami juga mungkin mengumpulkan data penggunaan tentang cara anda mencipta, mengedit, memadam dan seterusnya mengurus pelajar, kelas serta tugasan.

Jika anda melancarkan Schoolwork sebagai guru untuk memulakan proses persediaan bagi menerima Apple ID Terurus daripada Institusi anda, kami mengumpulkan data penggunaan yang tidak mengenal pasti secara peribadi tentang interaksi anda dengan app, seperti sama ada ini kali pertama anda memulakan proses persediaan dalam tempoh 24 jam terakhir dan sama ada Schoolwork telah dipasang oleh sistem Pengurusan Peranti Mudah Alih Institusi anda. Jika anda berjaya melengkapkan proses persediaan dan seterusnya melancarkan Schoolwork semasa mendaftar masuk ke Apple ID Terurus anda, kami akan mengumpulkan data tentang sama ada anda telah melengkapkan proses persediaan.

Meningkatkan Schoolwork

Institusi anda mungkin membenarkan Apple memproses data penggunaan Schoolwork anda, termasuk data pelajar dan guru yang diterangkan di atas, menggunakan teknik seperti pembelajaran mesin, untuk tujuan meningkatkan Schoolwork. Sebelum data diproses, ia tertakluk kepada teknik pengekalan privasi seperti privasi kebezaan supaya data tidak dikaitkan dengan anda. Contohnya, Apple mungkin memproses data Schoolwork anda yang dinyahkenalpasti atau teragregat untuk memahami aliran dalam penggunaan, menyesuaikan pengalaman pengguna dan membangunkan ciri pendidikan baharu bagi Schoolwork. Kali pertama anda mengakses Schoolwork semasa mendaftar masuk ke Apple ID Terurus anda selepas Institusi anda mendayakan ciri ini, anda akan menerima pemberitahuan atas skrin. Institusi anda mempunyai keupayaan untuk menarik diri pelajar dan guru individu daripada ciri ini. Untuk menarik diri, hubungi Institusi anda.

Maklumat yang dikumpulkan oleh Apple berhubung dengan peruntukkan perkhidmatannya yang memerlukan Apple ID Terurus di bawah Perjanjian Apple School Manager akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy serta Seksyen 3 dan Lampiran A dalam Perjanjian Apple School Manager, yang boleh ditemui di school.apple.com. Jika terdapat konflik antara Dasar Privasi Apple serta Seksyen 3 dan Lampiran A dalam Perjanjian Apple School Manager, Seksyen 3 dan Lampiran A dalam Perjanjian Apple School Manager akan diutamakan.