Daftar masuk dengan Apple di Kerja dan Sekolah & Privasi

Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah membolehkan anda mendaftar masuk ke app dan tapak web dengan Apple ID Terurus yang diberikan oleh organisasi anda.

Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah Didayakan oleh Organisasi Anda

Jika sekolah atau syarikat anda (“organisasi”) mendayakan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah, anda boleh menggunakan Apple ID Terurus anda untuk mendaftar masuk ke app pihak ketiga (termasuk Klip App) dan tapak web yang dibenarkan organisasi anda. Apabila anda mendaftar masuk ke app atau tapak web yang dibenarkan buat kali pertama, Apple memberikan nama, alamat e-mel anda (jika diberikan oleh organisasi anda) dan pengecam pengguna unik yang unik bagi setiap pembangun kepada pembangun app atau tapak web pihak ketiga. Pembangun menggunakan maklumat ini untuk mengesahkan anda, memaparkan nama anda dalam antara muka mereka dan menetapkan keizinan serta akses yang bersesuaian. Pembangun tapak web juga akan menerima maklumat yang digunakan oleh pelayar anda untuk fungsi web biasa.

Pembangun boleh membenarkan organisasi anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah untuk akaun sedia ada pada app atau tapak web mereka. Jika pembangun memilih untuk mendayakan ini, anda boleh menggunakan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah untuk mendaftar masuk ke akaun yang sudah anda miliki.

Untuk tujuan pencegahan penipuan dan keselamatan, pertama kali anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah dengan app baharu, Apple akan berkongsi skor perduaan ringkas dengan pembangun untuk memberikan keyakinan kepada mereka bahawa anda orang yang benar. Skor ini diambil daripada aktiviti akaun Apple terbaharu anda bersama dengan maklumat abstrak tentang peranti dan corak penggunaan peranti anda. Apple dan pembangun tidak menerima sebarang maklumat khusus tentang cara anda menggunakan peranti anda.

Menggunakan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah

Apple mengetahui apabila organisasi anda mendayakan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah untuk app atau tapak web supaya kami boleh membantu menyediakan daftar masuk. Apabila anda kemudiannya menggunakan Daftar masuk dengan Apple dengan app pada iPhone anda, Apple tidak melihat atau menyimpan sejarah app yang anda daftar masuk atau masa anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple — maklumat tersebut kekal pada peranti anda. Apabila anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple pada Safari, Apple melihat apabila anda mendaftar masuk ke tapak web supaya Apple boleh mengesahkan daftar masuk anda, tetapi Apple tidak menyimpan sejarah tapak web yang anda daftar masuk atau masa anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple.

Jika anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah untuk mendaftar masuk ke app atau tapak web yang dibenarkan, pembangun boleh meminta data peribadi tambahan daripada anda selepas daftar masuk. Sebarang data peribadi yang anda pilih untuk sediakan kepada pembangun tertakluk pada dasar privasi mereka.

Mengurus Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah

Untuk mengurus Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah pada iOS, pergi ke Seting > [nama anda] > Kata Laluan & Keselamatan > App Menggunakan Apple ID Anda. Pada Mac, pergi ke Seting Sistem > [nama anda] > Kata Laluan & Keselamatan, atau lawati appleid.apple.com dan pergi ke bahagian Daftar Masuk dan Keselamatan, kemudian pergi ke Daftar masuk dengan Apple. Di situ, anda boleh menemui senarai app yang menggunakan Daftar masuk dengan Apple, menyemak dasar privasi dan menyahdayakan Daftar masuk dengan Apple. Jika anda memilih untuk menyahdayakan Daftar masuk dengan Apple untuk app, maklumat yang telah dikongsi dengan pembangun untuk menyediakan Daftar masuk dengan Apple untuk app tersebut dan sebarang maklumat yang pembangun kaitkan dengan akaun Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah anda akan terus dikendalikan berpandukan dasar privasi pembangun.

Maklumat Lanjut

Apple berusaha untuk melindungi Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah dengan pengesahan yang kukuh — dikuasakan oleh Touch ID, Face ID dan pilihan kod laluan yang kukuh.

Apple mungkin menerima maklumat tanpa nama dan beragregat tentang Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah, termasuk data bukan peribadi tentang penggunaan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah. Apple mungkin menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan Apple dan untuk pencegahan penipuan serta tujuan keselamatan. Apple tidak akan cuba mengenal pasti semula sebarang data Daftar masuk dengan Apple tanpa nama atau beragregat yang kami terima.

Maklumat yang dikumpulkan oleh Apple berhubung dengan peruntukan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah akan diproses oleh Apple bagi pihak organisasi anda berpandukan Perjanjian Apple School Manager, yang boleh didapati di school.apple.com (jika organisasi anda ialah sekolah) atau Perjanjian Apple Business Manager, yang boleh didapati di business.apple.com (jika organisasi anda ialah syarikat).

Jika anda mempunyai soalan tentang cara data peribadi anda diproses berhubungan dengan Daftar masuk dengan Apple di Kerja & Sekolah, hubungi pentadbir IT organisasi anda.

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022