Penapisan SMS & Privasi

Penapisan SMS memberikan cara untuk anda mengesan dan menapis SMS serta MMS yang tidak diketahui.

Anda boleh memasang dan menggunakan penapis SMS pihak ketiga. Jika anda berbuat demikian, penyedia penapis boleh mengakses semua teks dan kandungan disertakan dalam mesej SMS dan MMS masuk yang anda terima daripada pengirim yang tidak dikenali. Mesej ini mungkin termasuk kod pengesahan daripada bank atau institusi lain, serta maklumat peribadi atau sensitif lain yang mungkin terdapat dalam mesej SMS dan MMS. Apabila anda menggunakan penapis spam SMS penyedia pihak ketiga, anda tertakluk kepada syarat, dasar privasi dan amalan penyedia penapis. Kami menggalakkan anda mengetahui tentang syarat, dasar privasi dan amalan pihak ketiga tersebut. Untuk mengeluarkan penapis spam SMS pihak ketiga, pergi ke Seting > Mesej > Tidak Dikenali & Spam dan keluarkan penapis daripada senarai.

Selepas anda membalas mesej SMS atau MMS tiga kali atau telah menambah pengirim ke Kenalan anda, mesej SMS dan MMS daripada pengirim tersebut tidak akan ditapis sebagai pengirim tidak dikenali.

Untuk Pengguna Mesej di Brazil dan India

Penapis SMS didayakan secara lalai untuk membantu pengguna menyusun mesej mereka. Menggunakan pembelajaran mesin pada peranti, mesej daripada pengirim tidak dikenali boleh diisih kepada dua subkategori: Transaksi atau Promosi. Penapis SMS tidak menghantar sebarang kandungan atau data daripada Mesej kepada Apple. Anda boleh menyahdayakan Penapis SMS pada bila-bila masa dengan pergi ke Seting > Mesej > Tidak Dikenali & Spam serta memilih Tiada daripada senarai.