Saham & Privasi

Apple mengumpul aktiviti anda dalam Saham, yang tidak dikaitkan dengan Apple ID anda, untuk meningkatkan dan memperibadikan Saham. Apple ID anda mungkin digunakan untuk menyemak langganan berita, jika tersedia, supaya anda boleh mengaksesnya dalam Saham.
 

Saham direka bentuk untuk melindungi maklumat anda.

Privacy Icon

  • Aktiviti membaca dan mendengar anda dalam News, jika tersedia dan Saham, serta aktiviti penggunaan anda dalam Saham, dipautkan kepada pengecam yang khusus untuk News dan Saham, serta tidak dikaitkan dengan Apple ID anda atau dipautkan kepada perkhidmatan Apple yang lain.
  • Kami mungkin menggunakan maklumat tentang akaun anda, kategori cerita yang anda baca dan penerbitan yang anda langgan untuk memastikan iklan dalam News serta Saham berkaitan dengan anda. Kami juga boleh menggunakan maklumat tentang langganan anda untuk memperibadikan iklan anda pada App Store. Anda mempunyai pilihan berhubungan dengan pengiklanan ini, seperti yang diterangkan di bawah.
  • Kamu menyemak Apple ID anda untuk langganan aktif kandungan perniagaan dalam Apple News, jika tersedia, untuk memastikan anda boleh mengakses kandungan langganan dalam Saham.

Melindungi privasi dan keselamatan maklumat anda ialah keutamaan semua orang di Apple. Kami bekerja keras untuk mengumpul hanya data yang kami perlukan bagi menjadikan pengalaman anda lebih baik. Apabila kami mengumpulkan data, kami percaya adalah penting anda tahu tentang data yang kami kumpulkan dan sebab kami memerlukannya, supaya anda boleh membuat pilihan termaklum. Saham, seperti setiap produk dan perkhidmatan Apple, direka bentuk berpandukan prinsip ini.

Untuk meningkatkan Saham, kami mengumpulkan maklumat tentang prestasi dan interaksi anda dengan app. Untuk pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada, ini termasuk maklumat tentang cara anda menggunakan Apple News dalam Saham. Data dikaitkan dengan pengecam yang khusus untuk Saham dan Apple News (apabila tersedia) dan tidak dikaitkan dengan perkhidmatan Apple lain. Anda boleh mereset pengecam pada peranti iOS atau iPadOS anda dengan pergi ke Seting > Saham, kemudian mengetik untuk mengaktifkan Reset Pengecam. Pada Mac, buka Saham, kemudian pergi ke Saham > Reset Pengecam dan klik Reset Pengecam. Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang maklumat yang kami kumpulkan untuk Apple News, lawati www.apple.com/legal/privacy/data/ms/apple-news.

Maklumat tentang langganan berita yang anda beli dengan Apple ID anda, jika tersedia dalam Apple News, digunakan untuk memastikan anda boleh mengakses langganan anda dalam Saham.

Untuk memberikan kandungan hebat, Saham disokong oleh iklan. Jika seting Iklan Diperibadikan diaktifkan, platform pengiklanan Apple mungkin menggunakan maklumat anda untuk memberikan iklan yang lebih berkaitan kepada anda. Menyahaktifkan Iklan Diperibadikan akan menghalang Apple daripada menggunakan maklumat ini untuk penyasaran iklan. Ini mungkin tidak mengurangkan bilangan iklan yang anda terima, tetapi iklan mungkin kurang berkaitan kepada anda. Pada peranti iOS atau iPadOS anda, anda boleh menyahaktifkan Iklan Diperibadikan dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Pengiklanan Apple dan mengetik untuk menyahaktifkan Iklan Diperibadikan. Pada Mac anda, pergi ke Seting Sistem > Privasi & Keselamatan > Pengiklanan Apple dan nyahpilih kotak semak Iklan Diperibadikan. Cerita yang anda baca dan dengar dalam Apple News dan Saham akan digunakan hanya untuk menghantar iklan kepada anda apabila anda berada dalam app Apple News atau Saham.

Harga dan data saham (dan berita tentang saham yang anda ikuti untuk pengguna di luar Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada) disediakan oleh rakan kongsi yang perlu mengendalikan maklumat mengikut keperluan Apple.

Asas Undang-undang yang Berkenaan untuk Pemprosesan Data Peribadi

Jika dibenarkan undang-undang tempatan yang berkenaan, kami memproses kategori data peribadi berikut dalam app Saham mengikut keperluan untuk tujuan kepentingan sah kami:

  • Maklumat akaun anda, seperti langganan Apple News+ anda

Kepentingan sah ini termasuk:

  • Mengoptimumkan dan meningkatkan perkhidmatan untuk anda dan orang lain
  • Memaparkan kandungan yang tersedia kepada anda

Pengekalan

Kami mengekalkan data peribadi berhubungan Saham hanya selama kami mempunyai keperluan perniagaan, kewajipan kontrak atau keperluan undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan data peribadi yang dikumpulkan dan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan data peribadi bagi tempoh paling singkat yang mungkin yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 6 April 2023