Terjemahan & Privasi

App Terjemah dan Terjemahan seluruh sistem direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Audio dan teks (termasuk teks yang dicam dalam imej) yang anda pilih untuk diterjemah akan dihantar kepada Apple untuk memproses permintaan anda. Permintaan anda dikaitkan dengan pengecam rawak yang berkitar, bukan Apple ID, alamat e-mel atau data lain anda yang mungkin Apple miliki daripada penggunaan perkhidmatan Apple yang lain oleh anda. Secara lalai, Apple menyimpan transkrip interaksi audio dan input teks anda selama dua tahun dan mungkin menyemak subset transkrip ini. Subset kecil permintaan yang telah disemak mungkin disimpan melebihi dua tahun, untuk peningkatan berterusan Terjemah, Terjemahan seluruh sistem dan ciri pemprosesan bahasa tabii yang lain seperti Siri.

Terjemah tidak sepatutnya digunakan dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, dalam situasi berisiko tinggi, untuk navigasi, atau untuk diagnosis atau rawatan sebarang keadaan perubatan.

Anda boleh membantu untuk meningkatkan terjemahan suara Terjemah dengan membenarkan Apple menyimpan dan menyemak interaksi audio anda dengan mengikut serta Tingkatkan Siri & Perencanaan. Untuk berbuat demikian, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Analitis & Peningkatan dan ketik untuk mengaktifkan Tingkatkan Siri & Perencanaan.

Tarikh Terbitan: 12 September 2022