Penyedia TV & Privasi

Penyedia TV direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Ciri Penyedia TV membenarkan Penyedia TV anda dan app pihak ketiga mengakses dan bertukar-tukar maklumat tentang akaun langganan TV anda supaya anda boleh daftar masuk ke akaun Penyedia TV anda sekali, kemudian mendapat akses secara automatik kepada rancangan, filem dan kandungan lain yang menjadi sebahagian daripada langganan Penyedia TV anda dari dalam app pihak ketiga tanpa perlu mendaftar masuk setiap kali.

Apabila anda mendaftar masuk ke akaun Penyedia TV anda, app yang menyokong akaun Penyedia TV anda didayakan untuk menggunakan akaun anda. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun Penyedia TV anda, app lain mungkin meminta anda akses kepada akaun Penyedia TV anda.

Apabila anda mendaftar masuk ke akaun Penyedia TV anda, peranti anda akan menyimpan maklumat tertentu tentang akaun langganan TV anda pada peranti, seperti nama Penyedia TV dan nama paparan pengguna anda. Maklumat ini digunakan untuk mendayakan ciri dan pertukaran maklumat langganan antara Penyedia TV anda dan app pihak ketiga. Penyedia TV anda boleh berkongsi maklumat akaun langganan anda dengan sebarang app yang telah anda dayakan untuk mengesahkan akses anda kepada sesetengah langganan atau tawaran kandungan mereka. Maklumat ini mungkin termasuk ID pengguna langganan, ID isi rumah dan poskod akaun, bersama-sama butiran pakej langganan.

Selepas anda mendaftar masuk ke akaun Penyedia TV anda, kami akan menggunakan maklumat langganan anda untuk mencari app pihak ketiga dengan kandungan yang tersedia menerusi langganan anda yang layak bersambung ke app Apple TV.

Anda boleh memilih untuk menyahdayakan ciri Penyedia TV pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian pada iOS, pergi ke Seting > Penyedia TV > Keluarkan Penyedia TV. Untuk berbuat demikian pada tvOS, pergi ke Seting > Pengguna dan Akaun > Penyedia TV > Keluarkan Penyedia TV. Ini akan mendaftar keluar anda daripada akaun Penyedia TV. Anda juga boleh memilih untuk menyahdayakan app secara berasingan.

Dengan mendayakan ciri Penyedia TV, anda membenarkan Penyedia TV anda dan sebarang app pihak ketiga yang didayakan oleh anda untuk bertukar-tukar dan menggunakan maklumat akaun langganan TV anda. Perkongsian dan penggunaan maklumat tersebut oleh mereka adalah tertakluk kepada syarat, dasar privasi dan amalan mereka. Anda patut menyemak syarat, dasar privasi dan amalan Penyedia TV anda serta sebarang app pihak ketiga sedemikian untuk memahami cara ia menggunakan dan berkongsi maklumat akaun langganan TV anda dan maklumat berkaitan sebelum berkongsi dengan mereka.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy