Cuaca & Privasi

Lokasi anda, yang tidak dikaitkan dengan identiti anda, akan dihantar kepada Apple untuk memberikan ramalan cuaca yang berkaitan. Jika anda mendayakan pemberitahuan cuaca buruk, Apple boleh mengaitkan negara atau rantau pemberitahuan ini dengan Apple ID anda.
 

Cuaca direka bentuk untuk melindungi maklumat anda.

Privacy Icon

  • Jika anda membenarkan Cuaca mengakses lokasi anda, lokasi anda akan dihantar kepada Apple untuk memberikan ramalan cuaca yang berkaitan. Lokasi anda tidak dikaitkan dengan identiti anda.
  • Jika anda meminta ramalan untuk lokasi yang anda ikuti, maklumat tersebut akan dihantar kepada Apple untuk memberikan ramalan bagi lokasi tersebut. Ini tidak dikaitkan dengan identiti anda.
  • Jika anda mendayakan pemberitahuan cuaca buruk, Apple boleh mengaitkan rantau pemberitahuan sedemikian dengan Apple ID anda.

Melindungi privasi dan keselamatan maklumat anda ialah keutamaan semua orang di Apple. Kami bekerja keras untuk mengumpul hanya data yang kami perlukan bagi menjadikan pengalaman anda lebih baik. Apabila kami mengumpulkan data, kami percaya adalah penting anda tahu tentang data yang kami kumpulkan dan sebab kami memerlukannya, supaya anda boleh membuat pilihan termaklum. Cuaca, seperti setiap produk dan perkhidmatan Apple, direka bentuk berpandukan prinsip ini.

Untuk memahami dan meningkatkan app Cuaca, Apple mengumpulkan maklumat terhad tentang kali pertama anda melancarkan app dalam sehari. Maklumat ini tidak dikaitkan dengan identiti anda.

Jika anda membenarkan Cuaca mengakses lokasi anda, lokasi anda akan dihantar kepada Apple untuk memberikan ramalan cuaca yang berkaitan. Jika anda meminta ramalan untuk lokasi yang anda ikuti, maklumat tersebut akan dihantar kepada Apple untuk memberikan ramalan bagi lokasi tersebut. Maklumat yang dikumpulkan Apple untuk memberikan ramalan tidak dikaitkan dengan identiti anda.

Jika anda memilih untuk mendayakan pemberitahuan cuaca buruk, apabila tersedia, Cuaca memadankan setiap lokasi yang telah anda dayakan pemberitahuan sedemikian dengan rantau. Rantau mungkin sebuah negara atau untuk sesetengah negara (seperti A.S. dan Kanada), rantau mungkin kawasan dengan sekurang-kurangnya 500,000 penduduk. Senarai rantau yang telah anda dayakan pemberitahuan sedemikian akan dihantar kepada Apple dan boleh dikaitkan dengan Apple ID anda. Apple menggunakan senarai rantau untuk mendayakan ciri ini dan menghantar pemberitahuan ke peranti anda. Cuaca menapis pemberitahuan serantau pada peranti anda berdasarkan lokasi tertentu yang telah anda dayakan pemberitahuan cuaca buruk untuk menghantar pemberitahuan yang berkaitan kepada anda.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 22 Januari 2024