Panggilan Wi-Fi & Privasi

Panggilan Wi-Fi direka bentuk untuk melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih perkara yang anda kongsi.

Pembawa tertentu membenarkan anda membuat dan menerima panggilan pada peranti iOS, watchOS dan Mac anda melalui Wi-Fi (dan/atau melalui data selular pada model iPad Wi-Fi + Cellular apabila isyarat Wi-Fi lemah atau tidak tersedia).

Jika anda mendayakan Panggilan Wi-Fi dan bersambung ke rangkaian Wi-Fi daripada peranti yang didayakan Panggilan Wi-Fi, maklumat tentang negara yang sambungan rangkaian anda dibuat, berdasarkan alamat IP anda (atau rangkaian selular jika berkenaan), mungkin dihantar kepada pembawa anda untuk tujuan pengebilan dan ketersediaan perkhidmatan. Jika anda tidak mahu berkongsi maklumat ini dengan pembawa, anda boleh menyahaktifkan Panggilan Wi‑Fi pada iPhone anda dan Apple Watch berpasangan dengan pergi ke Seting > Telefon dan mengetik untuk menyahaktifkan Panggilan Wi‑Fi (untuk iPhone) dan menyahaktifkan Panggilan pada Peranti Lain (untuk peranti anda yang lain, termasuk Apple Watch berpasangan anda). Untuk menyahaktifkan Panggilan Wi-Fi pada iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > FaceTime dan nyahaktifkan Panggilan daripada iPhone. Untuk menyahaktifkan Panggilan Wi‑Fi pada Mac anda, pergi ke FaceTime > Seting dan nyahaktifkan Panggilan daripada iPhone.

Untuk membolehkan pembawa anda melengkapkan panggilan kod pendek (panggilan ke nombor yang disingkatkan yang memberikan akses kepada perkhidmatan awam) melalui Wi‑Fi atau data selular, Apple mesti memberikan bandar dari mana panggilan dibuat kepada pembawa anda untuk membantu mereka menghalakan panggilan dengan betul. Jika anda tidak mahu berkongsi bandar yang anda membuat panggilan bersama pembawa anda semasa membuat panggilan kod pendek, anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Panggilan Wi‑Fi pada peranti iOS atau watchOS anda dengan pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem dan mengetik untuk menyahaktifkan Panggilan Wi‑Fi. Anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Panggilan Wi‑Fi pada Mac dengan pergi ke Seting Sistem > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi, kemudian mengklik Butiran di sebelah Perkhidmatan Sistem dan menyahpilih Panggilan Wi‑Fi. Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Panggilan Wi‑Fi, peranti anda tidak akan dapat menentukan atau menghantar bandar yang anda berada kepada pembawa anda apabila anda mendail nombor kod pendek untuk panggilan Wi‑Fi dan disebabkan ini, pembawa anda mungkin tidak dapat menghalakan atau menyambungkan panggilan anda dengan betul.

Panggilan kecemasan pada iPhone anda dihalakan menerusi perkhidmatan selular apabila tersedia. Jika perkhidmatan selular tidak tersedia dan anda telah mendayakan Panggilan Wi-Fi, panggilan kecemasan boleh dibuat melalui Wi-Fi dan maklumat lokasi peranti anda boleh digunakan bagi panggilan kecemasan untuk membantu usaha penyelamatan tidak kira sama ada anda telah mendayakan Perkhidmatan Lokasi atau tidak. Walau bagaimanapun, pembawa anda mungkin memilih untuk menggunakan alamat pengebilan anda atau alamat lain yang anda berikan kepada pembawa anda bagi tujuan menghalakan perkhidmatan kecemasan. Anda boleh mengemas kini maklumat alamat anda untuk pembawa anda dalam Seting pada peranti iOS anda dan dalam Seting FaceTime pada Mac anda. Anda patut memastikan maklumat ini dikemas kini. Jika tidak, perkhidmatan kecemasan mungkin tidak dapat dihalakan dengan betul ke lokasi fizikal anda. Atas sebab kebolehpercayaan lokasi, adalah lebih baik panggilan kecemasan dibuat melalui perkhidmatan selular atau talian tetap tradisional dan ciri Panggilan Wi-Fi untuk panggilan sedemikian hanya digunakan sebagai pilihan terakhir.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Panggilan Wi‑Fi, rujuk syarat, dasar privasi dan amalan pembawa anda. Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 12 Disember 2022