Penggunaan Kuki Apple

Dasar Privasi

Tapak web dan perkhidmatan dalam talian Apple mungkin menggunakan “kuki.” Kuki membolehkan anda menggunakan kart beli-belah dan untuk memperibadikan pengalaman anda di tapak kami, memberitahu kami bahagian tapak web kami yang telah dilawati pengunjung, membantu kami mengukur keberkesanan iklan dan carian web dan memberi kami maklumat mengenai kelakuan pengguna agar kami boleh meningkatkan komunikasi dan produk kami.

Jika anda mahu melumpuhkan kuki dalam pelayar web Safari, pergi ke Keutamaan dan kemudian ke anak tetingkap Privasi dan pilih untuk menyekat kuki. Pada iPad, iPhone atau iPod touch anda, pergi ke Seting, kemudian Safari dan kemudian ke bahagian Kuki. Untuk pelayar lain, semak dengan pembekal anda bagi mengetahui cara untuk melumpuhkan kuki.

Disebabkan kuki digunakan dalam seluruh tapak web kami, melumpuhkannya mungkin menghalang anda daripada menggunakan bahagian tertentu tapak.

Kuki yang digunakan pada tapak web kami telah dikategorikan berdasarkan garis panduan yang ditemui dalam panduan Kuki ICC UK. Kami menggunakan kategori berikut di tapak web kami dan perkhidmatan dalam talian lain:

Kategori 1 — Kuki yang Amat Diperlukan

Kuki ini penting untuk membolehkan anda melayari tapak web kami dan menggunakan ciri-cirinya. Tanpa kuki ini, perkhidmatan seperti bakul beli-belah dan e-pengebilan tidak boleh disediakan.

Kategori 2 — Kuki Prestasi

Kuki ini mengumpulkan maklumat mengenai cara anda menggunakan tapak web kami — contohnya, halaman yang anda kerap lawati. Data ini mungkin digunakan untuk membantu mengoptimumkan tapak web kami dan memudahkan anda menavigasi. Kuki ini juga digunakan untuk memaklumkan sekutu sama ada anda datang ke salah satu tapak web kami dari sekutu dan sama ada lawatan anda menghasilkan penggunaan atau pembelian produk atau perkhidmatan daripada kami, termasuk butiran produk atau perkhidmatan yang dibeli. Kuki ini tidak mengumpulkan maklumat yang mengenal pasti anda. Semua maklumat yang dikumpulkan oleh kuki ini diagregatkan dan dengan itu bersifat tanpa nama.

Kategori 3 — Kuki Fungsi

Kuki ini membolehkan tapak web kami untuk mengingati pilihan yang anda buat semasa pelayaran. Sebagai contoh, kami mungkin menyimpan lokasi geografi anda dalam kuki bagi memastikan kami menunjukkan kepada anda tapak web kami yang disetempatkan untuk kawasan anda. Kami juga mungkin mengingati keutamaan seperti saiz teks, fon dan elemen tapak boleh diperibadikan yang lain. Ia juga mungkin digunakan untuk menjejak produk atau video yang ditampilkan yang telah dilihat bagi mengelakkan pengulangan. Maklumat yang dikumpulkan oleh kuki ini tidak akan mengenalpasti anda secara peribadi dan ia tidak boleh menjejak aktiviti pelayaran anda di tapak web bukan Apple.