Waranti Terhad Dua (2) Tahun Apple

Untuk Produk Berjenama Apple Sahaja

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG PENGGUNA BERKAIT DENGAN WARANTI INI

WARANTI INI MEMBERIKAN HAK UNDANG-UNDANG KHUSUS KEPADA ANDA, DAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU DAERAH). MELAINKAN SEPERTIMANA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK LAIN YANG MUNGKIN DIPUNYAI OLEH ANDA, TERMASUK HAK YANG MUNGKIN BERBANGKIT DARIPADA KETAKAKURAN KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK ANDA, ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, DAERAH ATAU NEGERI ANDA.

HAD WARANTI ADALAH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PENGGUNA

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WARANTI INI DAN REMEDI YANG DIBENTANGKAN ADALAH EKSKLUSIF DAN MENGGANTIKAN SEMUA WARANTI, REMEDI DAN SYARAT LAIN, SAMA ADA SECARA LISAN, BERTULIS, STATUTORI, NYATA ATAU TERSIRAT. APPLE MENAFIKAN SEMUA WARANTI STATUTORI DAN TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI TENTANG KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERHADAP KECACATAN TERSEMBUNYI ATAU PENDAM, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. SETAKAT MANA WARANTI SEDEMIKIAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN, APPLE MENGEHADKAN TEMPOH DAN REMEDI WARANTI SEDEMIKIAN KEPADA TEMPOH WARANTI NYATA INI DAN, MENURUT OPSYEN APPLE, SERVIS PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN YANG DITERANGKAN DI BAWAH. SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN TERHADAP TEMPOH MASA WARANTI (ATAU SYARAT) TERSIRAT, JADI PENGEHADAN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

APA YANG DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Apple menjamin produk perkakasan berjenama Apple dan aksesori berjenama Apple yang terkandung dalam bungkusan asal (“Produk Apple”) terhadap sebarang kecacatan pada bahan dan mutu kerja apabila digunakan secara biasa menurut garis panduan yang diterbitkan oleh Apple untuk tempoh DUA (2) TAHUN dari tarikh pembelian runcit asal oleh pembeli pengguna akhir ("Tempoh Waranti"). Garis panduan yang diterbitkan oleh Apple termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang terkandung dalam spesifikasi teknikal, buku panduan pengguna dan komunikasi servis.

Harap maklum: Semua tuntutan yang dibuat di bawah Waranti Terhad Dua Tahun Apple akan dikawal oleh terma yang ditetapkan dalam dokumen waranti ini.

APA YANG TIDAK DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Waranti ini tidak diguna pakai terhadap sebarang produk perkakasan atau sebarang perisian bukan berjenama Apple, walaupun dibungkus atau dijual dalam perkakasan Apple. Ini tidak mempengaruhi hak anda di bawah undang-undang pengguna yang berkenaan. Pengeluar, pembekal atau penerbit, selain daripada Apple, mungkin menyediakan waranti mereka sendiri kepada anda – sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Perisian yang diedarkan oleh Apple dengan atau tanpa jenama Apple (termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian sistem) tidak diliputi oleh Waranti ini. Sila rujuk kepada perjanjian pelesenan yang disertakan dengan perisian untuk mendapatkan butir-butir tentang hak anda berkenaan dengan penggunaannya. Apple tidak menjamin bahawa pengendalian Produk Apple adalah tanpa gangguan atau bebas ralat. Apple tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang timbul daripada kegagalan mematuhi arahan berkaitan dengan penggunaan Produk Apple.

Waranti ini tidak terpakai: (a) untuk bahagian guna habis, seperti bateri atau lapisan perlindungan yang direka untuk menyusut mengikut masa, melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (b) untuk kerosakan kosmetik, termasuk tetapi tidak terhad kepada calar, kemik dan plastik pecah pada port melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (c) untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dengan komponen atau produk pihak ketiga yang tidak memenuhi spesifikasi Produk Apple (spesifikasi Produk Apple tersedia di www.apple.com/my di bawah spesifikasi teknikal untuk setiap produk dan turut tersedia di kedai); (d) untuk kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan, kebakaran, gempa bumi atau punca luaran lain; (e) untuk kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian Produk Apple di luar garis panduan yang diterbitkan oleh Apple; (f) untuk kerosakan yang disebabkan oleh servis (termasuk naik taraf dan penambahan) yang dilakukan oleh individu yang tidak mewakili Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple (“AASP”); (g) untuk Produk Apple yang telah diubah suai untuk meminda fungsi atau keupayaannya tanpa kebenaran bertulis daripada Apple; (h) untuk kerosakan yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa atau disebabkan penuaan biasa Produk Apple; (i) jika sebarang nombor siri telah dikeluarkan atau dirosakkan daripada Produk Apple; atau (j) jika Apple menerima maklumat daripada penguat kuasa awam yang berkaitan bahawa produk telah dicuri atau jika anda tidak dapat menyahaktifkan langkah pendayaan kod laluan atau langkah keselamatan lain yang bertujuan untuk menghalang akses tanpa kebenaran kepada Produk Apple dan anda tidak dapat membuktikan dalam sebarang cara bahawa anda merupakan pengguna berdaftar produk itu (contohnya dengan mengemukakan bukti pembelian).

PENGEHADAN PENTING UNTUK PERKHIDMATAN.

Apple boleh mengehadkan perkhidmatan waranti untuk produk perkakasan kepada negara yang Apple atau Pengedar Sahnya menjual peranti tersebut pada asalnya.

TANGGUNGJAWAB ANDA

ANDA HENDAKLAH MEMBUAT SALINAN SANDARAN BERKALA TERHADAP MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA MEDIA STORAN PRODUK APPLE UNTUK MELINDUNGI KANDUNGAN DAN SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA TERHADAP KEMUNGKINAN KEGAGALAN OPERASI.

Sebelum menerima servis waranti, Apple atau ejennya mungkin menghendaki anda menunjukkan bukti butir-butir pembelian, menjawab soalan yang direka bentuk untuk membantu mendiagnosis potensi isu dan mengikuti prosedur Apple untuk mendapatkan servis waranti. Sebelum menyerahkan Produk Apple anda untuk servis waranti, anda hendaklah menyimpan salinan sandaran berasingan bagi kandungan media storan produk, mengeluarkan semua maklumat peribadi yang ingin anda lindungi dan menyahdayakan semua kata laluan keselamatan.

SEMASA SERVIS WARANTI, KANDUNGAN MEDIA STORAN AKAN DIPADAMKAN DAN DIFORMATKAN SEMULA. APPLE DAN EJENNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN PROGRAM PERISIAN, DATA ATAU MAKLUMAT LAIN YANG TERKANDUNG DALAM MEDIA STORAN ATAU SEBARANG BAHAGIAN LAIN PRODUK APPLE YANG DISERVIS.

Selepas servis waranti, Produk Apple anda atau peranti gantian akan dikembalikan kepada anda sepertimana Produk Apple anda dikonfigurasi semasa dibeli pada asalnya, tertakluk kepada kemas kinian yang berkenaan. Apple boleh memasang kemas kinian perisian sistem sebagai sebahagian daripada servis waranti yang akan menghalang Produk Apple daripada berbalik kepada versi perisian sistem terdahulu. Aplikasi pihak ketiga yang dipasang pada Produk Apple mungkin tidak serasi atau berfungsi dengan Produk Apple akibat daripada pengemaskinian perisian sistem. Anda bertanggungjawab untuk memasang semula semua program perisian, data dan maklumat lain. Pemulihan dan pemasangan semula program perisian, data dan maklumat lain tidak diliputi di bawah Waranti ini.

Penting: Jangan cuba membuka Produk Apple atau membuka sebarang penutup perlindungan yang dipasang pada Produk Apple. Membuka Produk Apple atau membuka tudung perlindungan mungkin menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi oleh Waranti ini. Hanya Apple atau AASP boleh menjalankan servis pada Produk Apple ini.

APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH APPLE JIKA WARANTI DILANGGAR?

Jika dalam Tempoh Waranti itu anda menyerahkan tuntutan kepada Apple atau AASP selaras dengan waranti ini, Apple mempunyai opsyen untuk:

(i) membaiki Produk Apple menggunakan bahagian tulen Apple baharu atau yang telah digunakan sebelum ini yang telah diuji dan lulus keperluan fungsi Apple,

(ii) menggantikan Produk Apple dengan produk gantian model yang sama (atau dengan persetujuan anda produk yang mempunyai ciri yang sama atau hampir serupa dengan produk asal – contohnya, model berbeza dengan ciri yang sama, atau model yang sama dalam warna yang berbeza) yang baharu atau terdiri daripada bahagian tulen Apple baharu dan/atau digunakan sebelum ini dan telah diuji serta lulus keperluan fungsi Apple, atau

(iii) menukar Produk Apple itu dengan membayar balik harga belian anda.

Apple boleh meminta anda menggantikan bahagian tertentu yang boleh dipasang oleh pengguna atau Produk Apple. Bahagian gantian atau Produk Apple, termasuk bahagian yang boleh dipasang oleh pengguna yang telah dipasang menurut arahan yang disediakan Apple, akan dijamin bagi baki tempoh Waranti atau sembilan puluh (90) hari dari tarikh penggantian atau pembaikan, yang mana satu memberikan liputan lebih panjang buat anda. Apabila Produk Apple atau bahagian digantikan atau pembayaran balik diberikan, sebarang barangan gantian menjadi harta anda dan barangan yang digantikan atau dibayar balik menjadi milik Apple.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN WARANTI?

Sila akses dan semak sumber bantuan dalam talian yang diterangkan di bawah sebelum mendapatkan servis waranti. Jika Produk Apple masih tidak berfungsi dengan sempurna selepas menggunakan sumber ini, sila hubungi wakil Apple atau, jika berkenaan, kedai jualan runcit milik Apple ("Jualan Runcit Apple") atau AASP, menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Wakil Apple atau AASP akan membantu menentukan sama ada Produk Apple anda memerlukan servis dan, jika ya, akan memaklumkan anda cara Apple akan menyediakannya. Apabila menghubungi Apple melalui telefon, caj lain mungkin dikenakan bergantung pada lokasi anda.

Maklumat dalam talian dengan butir-butir untuk mendapatkan perkhidmatan waranti disediakan di bawah.

PILIHAN PERKHIDMATAN WARANTI

Apple akan menyediakan perkhidmatan waranti menerusi satu atau lebih daripada satu pilihan berikut:

(i) Servis bawa sendiri. Anda boleh mengembalikan Produk Apple anda ke lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP yang menawarkan servis bawa sendiri. Servis akan dilakukan di lokasi, atau Jualan Runcit Apple atau AASP mungkin menghantar Produk Apple anda ke lokasi Khidmat Pembaikan Apple (“ARS”) untuk diservis. Setelah anda dimaklumkan bahawa servis selesai dilaksanakan, anda hendaklah mengambil Produk Apple dengan segera daripada lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP melainkan dimaklumkan oleh Apple bahawa Produk Apple itu akan dihantar terus ke lokasi anda dari lokasi ARS.

(ii) Servis hantar melalui pos. Jika Apple menentukan bahawa Produk Apple anda layak menerima servis penghantaran melalui pos, Apple akan menghantar waybil prabayar kepada anda dan jika berkenaan, bahan pembungkusan serta arahan tentang cara membungkus dan menulis alamat dengan betul untuk produk Apple anda, supaya anda boleh menghantar Produk Apple ke lokasi ARS atau AASP. Setelah servis selesai dijalankan, lokasi ARS atau AASP akan mengembalikan Produk Apple kepada anda. Apple akan membayar kos penghantaran ke dan dari lokasi anda jika semua arahan berkaitan kaedah pembungkusan dan penghantaran Produk Apple dipatuhi.

(iii) Servis bahagian Buat sendiri (DIY). Servis bahagian DIY membenarkan anda membaiki Produk Apple anda sendiri. Jika servis bahagian DIY tersedia, proses berikut akan digunakan.

(a) Servis yang Apple memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple mungkin memerlukan pemberikuasaan kad kredit sebagai cagaran bagi harga runcit Produk Apple atau bahagian gantian dan kos penghantaran yang berkenaan. Jika anda tidak dapat menyediakan pemberikuasaan kad kredit, servis bahagian DIY mungkin tidak tersedia kepada anda dan Apple akan menawarkan aturan alternatif untuk servis. Apple akan menghantar Produk Apple atau bahagian gantian kepada anda dengan arahan pemasangan, jika berkenaan, dan sebarang keperluan untuk mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Jika anda mematuhi arahan, Apple akan membatalkan pemberikuasaan kad kredit, jadi anda tidak akan dicaj untuk Produk Apple atau bahagian dan kos penghantaran pergi dan kembali ke lokasi anda. Jika anda gagal mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan seperti yang diarahkan atau mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan yang tidak layak diservis, Apple akan mengecaj kad kredit anda untuk amaun yang diberi kuasa.

(b) Servis yang Apple tidak memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple akan menghantar kepada anda secara percuma Produk Apple atau bahagian gantian yang disertakan dengan arahan pemasangan, jika berkenaan, dan sebarang keperluan bagi pelupusan Produk Apple atau bahagian yang digantikan.

(c) Apple tidak bertanggungjawab atas sebarang kos buruh yang ditanggung oleh anda berkenaan dengan servis bahagian DIY. Jika anda memerlukan bantuan lanjutan, hubungi Apple di nombor telefon yang disenaraikan di bawah.

Apple berhak mengubah kaedah Apple boleh menyediakan servis waranti kepada anda dan kelayakan Produk Apple anda untuk menerima kaedah servis tertentu. Servis adalah terhad kepada opsyen yang tersedia di negara tempat servis diminta. Opsyen servis, ketersediaan bahagian dan masa respons mungkin berbeza-beza mengikut negara. Apple boleh menggunakan Produk Apple atau alat ganti untuk servis yang diperoleh dari negara yang berbeza dengan negara tempat Produk Apple atau bahagian asal diperoleh. Anda mungkin bertanggungjawab untuk caj penghantaran dan pengendalian jika Produk Apple tidak dapat diservis di negara tempat ia berada. Jika anda mendapatkan servis di negara yang bukan negara asal pembelian, anda akan mematuhi semua undang-undang serta peraturan import dan eksport yang terpakai serta bertanggungjawab untuk semua duti kastam, V.A.T. serta lain-lain cukai dan caj yang berkaitan. Di mana perkhidmatan antarabangsa tersedia, Apple boleh membaiki atau menggantikan Produk Apple dan bahagian dengan Produk Apple dan bahagian yang setara yang mematuhi piawaian tempatan.

PENGEHADAN LIABILITI

KECUALI SEPERTIMANA DIPERUNTUKKAN DALAM WARANTI INI DAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS GANTIRUGI LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH SEBARANG PELANGGARAN WARANTI ATAU SYARAT, ATAU DI BAWAH SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN PENGGUNAAN; KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU JANGKAAN (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DARI KONTRAK); KEHILANGAN PENGGUNAAN WANG; KEHILANGAN PENJIMATAN YANG DIJANGKA; KEHILANGAN PERNIAGAAN; KEHILANGAN PELUANG; KEHILANGAN NAMA BAIK; KEHILANGAN REPUTASI, KEHILANGAN, KEROSAKAN, PENJEJASAN ATAU KEROSAKAN DATA; ATAU SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT YANG WALAU BAGAIMANAPUN JUA DIAKIBATKAN, TERMASUK PENGGANTIAN PERALATAN DAN HARTA, SEBARANG KOS PEMULIHAN, PEMPROGRAMAN, ATAU MENGHASILKAN SEMULA SEBARANG PROGRAM ATAU DATA YANG DISIMPAN DALAM ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK APPLE ATAU SEBARANG KEGAGALAN MENGEKALKAN KERAHSIAAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

PENGEHADAN YANG DISEBUT SEBELUM INI TIDAK DIGUNA PAKAI TERHADAP TUNTUTAN KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI, ATAU SEBARANG LIABILITI STATUTORI UNTUK TINDAKAN DAN/ATAU PENINGGALAN YANG DISENGAJAKAN DAN YANG CUAI SECARA MELAMPAU. APPLE MENAFIKAN SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA APPLE AKAN DAPAT MEMBAIKI SEBARANG PRODUK APPLE DI BAWAH WARANTI INI ATAU MENGGANTIKAN PRODUK APPLE TANPA RISIKO KEPADA ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, MAKA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

AM

Penjual semula, ejen atau pekerja Apple tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian, pelanjutan atau penambahan kepada Waranti ini. Jika sebarang terma didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, kesahan atau kebolehan untuk menguatkuasakan terma selainnya tidak akan terjejas atau dihalang. Waranti ini dikawal oleh dan ditafsirkan di bawah undang-undang negara di mana Produk Apple dibeli. Apple dikenal pasti di hujung dokumen ini menurut negara atau rantau di mana Produk Apple dibeli. Apple atau pengganti hakmiliknya adalah penjamin di bawah Waranti ini.

MAKLUMAT DALAM TALIAN

Maklumat lanjut tentang perkara berikut boleh didapati dalam talian:

Maklumat Sokongan Antarabangsa

www.apple.com/support/country

Pengedar Sah

support.apple.com/ms-my/HT1434

Pembekal Khidmat Sah Apple

support.apple.com/ms-my/HT1937

support.apple.com/ms-my/HT1434

Kedai Jualan Runcit Apple

www.apple.com/retail/storelist/

Sokongan dan Perkhidmatan Apple

www.apple.com/support/contact/phone_contacts.html

Sokongan Percuma Apple

www.apple.com/support/country/?dest=complimentary

PENANGGUNG OBLIGASI WARANTI UNTUK RANTAU ATAU NEGARA PEMBELIAN

Rantau/Negara Pembelian: Asia Pasifik

Australia; Fiji, Papua New Guinea; Vanuatu

Apple Pty. Limited.

PO Box A2629

Sydney South, NSW 1235

Tel Australia: 133 622

Hong Kong

Apple Asia Limited

2401 Tower One, Times Square, Causeway Bay

Hong Kong

India

Apple India Private Ltd.

19th Floor, Concorde Tower C

UB City No 24, Vittal Mallya Road

Bangalore 560-001, India

Jepun

Apple Japan, Inc.

6-10-1 Roppongi, Minato-ku Tokyo 106-6140

Jepun

Malaysia

Apple Malaysia Sdn Bhd

Level 11 MENARA CIMB, Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470

Kuala Lumpur, Malaysia

New Zealand

Apple Sales New Zealand

C/o 88 Shortland Street

Auckland Central, Auckland, 1010

New Zealand

Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Guam, Indonesia, Laos, Singapura, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka

Apple South Asia Pte. Ltd.

7 Ang Mo Kio Street 64

Singapore 569086

Republik Rakyat China

Apple Computer Trading (Shanghai) Co. Ltd.

Building 6, Block C, 88 Maji Road, China (Shanghai) Pilot Free Trade Zone

Shanghai 200131, China

Thailand

Apple South Asia (Thailand) Limited

The Offices at CentralWorld Building, 44th Floor, Room No. HH4401-6, and HH4408-9, 999/9 Rama 1 Road

Pathumwan Sub-district, Pathumwan District, Bangkok 10330 Thailand

Taiwan

Apple Asia LLC

32F., No.100, Songren Rd., Xinyi Dist.

Taipei City 11073, Taiwan

Vietnam
Apple Vietnam Limited Liability Company
Unit 901, Deutsches Haus Ho Chi Minh City. No. 33, Le Duan Blv.,Ben Nghe Ward, District 1

Ho Chi Minh City, Vietnam

Negara Asia Pasifik Lain

Apple Inc.
One Apple Park Way; Cupertino, CA 95014, U.S.A.

© 2022 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

010122-Warranty-Edition-Rest-of-APAC-Malay-v1.5

Waranti Terhad Dua (2) Tahun Apple 

Untuk Produk Berjenama Apple Sahaja

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG PENGGUNA BERKAIT DENGAN WARANTI INI

WARANTI INI MEMBERIKAN HAK UNDANG-UNDANG KHUSUS KEPADA ANDA, DAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU DAERAH). MELAINKAN SEPERTIMANA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK LAIN YANG MUNGKIN DIPUNYAI OLEH ANDA, TERMASUK HAK YANG MUNGKIN BERBANGKIT DARIPADA KETAKAKURAN KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK ANDA, ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, DAERAH ATAU NEGERI ANDA. 

HAD WARANTI ADALAH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PENGGUNA

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WARANTI INI DAN REMEDI YANG DIBENTANGKAN ADALAH EKSKLUSIF DAN MENGGANTIKAN SEMUA WARANTI, REMEDI DAN SYARAT LAIN, SAMA ADA SECARA LISAN, BERTULIS, STATUTORI, NYATA ATAU TERSIRAT. APPLE MENAFIKAN SEMUA WARANTI STATUTORI DAN TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI TENTANG KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERHADAP KECACATAN TERSEMBUNYI ATAU PENDAM, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. SETAKAT MANA WARANTI SEDEMIKIAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN, APPLE MENGEHADKAN TEMPOH DAN REMEDI WARANTI SEDEMIKIAN KEPADA TEMPOH WARANTI NYATA INI DAN, MENURUT OPSYEN APPLE, SERVIS PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN YANG DITERANGKAN DI BAWAH. SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN TERHADAP TEMPOH MASA WARANTI (ATAU SYARAT) TERSIRAT, JADI PENGEHADAN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

APA YANG DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Apple menjamin produk perkakasan berjenama Apple dan aksesori berjenama Apple yang terkandung dalam bungkusan asal (“Produk Apple”) terhadap sebarang kecacatan pada bahan dan mutu kerja apabila digunakan secara biasa menurut garis panduan yang diterbitkan oleh Apple untuk tempoh DUA (2) TAHUN dari tarikh pembelian runcit asal oleh pembeli pengguna akhir ("Tempoh Waranti"). Garis panduan yang diterbitkan oleh Apple termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang terkandung dalam spesifikasi teknikal, buku panduan pengguna dan komunikasi servis.

Harap maklum:  Semua tuntutan yang dibuat di bawah Waranti Terhad Dua Tahun Apple akan dikawal oleh terma yang ditetapkan dalam dokumen waranti ini.

APA YANG TIDAK DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Waranti ini tidak diguna pakai terhadap sebarang produk perkakasan atau sebarang perisian bukan berjenama Apple, walaupun dibungkus atau dijual dalam perkakasan Apple. Ini tidak mempengaruhi hak anda di bawah undang-undang pengguna yang berkenaan. Pengeluar, pembekal atau penerbit, selain daripada Apple, mungkin menyediakan waranti mereka sendiri kepada anda – sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Perisian yang diedarkan oleh Apple dengan atau tanpa jenama Apple (termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian sistem) tidak diliputi oleh Waranti ini. Sila rujuk kepada perjanjian pelesenan yang disertakan dengan perisian untuk mendapatkan butir-butir tentang hak anda berkenaan dengan penggunaannya. Apple tidak menjamin bahawa pengendalian Produk Apple adalah tanpa gangguan atau bebas ralat. Apple tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang timbul daripada kegagalan mematuhi arahan berkaitan dengan penggunaan Produk Apple.

Waranti ini tidak terpakai: (a) untuk bahagian guna habis, seperti bateri atau lapisan perlindungan yang direka untuk menyusut mengikut masa, melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (b) untuk kerosakan kosmetik, termasuk tetapi tidak terhad kepada calar, kemik dan plastik pecah pada port melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (c) untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dengan komponen atau produk pihak ketiga yang tidak memenuhi spesifikasi Produk Apple (spesifikasi Produk Apple tersedia di www.apple.com/my di bawah spesifikasi teknikal untuk setiap produk dan turut tersedia di kedai); (d) untuk kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan, kebakaran, gempa bumi atau punca luaran lain; (e) untuk kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian Produk Apple di luar garis panduan yang diterbitkan oleh Apple; (f) untuk kerosakan yang disebabkan oleh servis (termasuk naik taraf dan penambahan) yang dilakukan oleh individu yang tidak mewakili Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple (“AASP”); (g) untuk Produk Apple yang telah diubah suai untuk meminda fungsi atau keupayaannya tanpa kebenaran bertulis daripada Apple; (h) untuk kecacatan yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa atau disebabkan penuaan biasa Produk Apple, (i) jika sebarang nombor siri telah dikeluarkan atau dirosakkan daripada Produk Apple, atau (j) jika Apple menerima maklumat daripada penguat kuasa awam yang berkaitan bahawa produk telah dicuri atau jika anda tidak dapat menyahaktifkan langkah pendayaan kod laluan atau langkah keselamatan lain yang bertujuan untuk menghalang akses tanpa kebenaran kepada Produk Apple, dan anda tidak dapat membuktikan dalam sebarang cara bahawa anda merupakan pengguna berdaftar produk itu (contohnya dengan mengemukakan bukti pembelian).

PENGEHADAN PENTING UNTUK PERKHIDMATAN.

Apple boleh mengehadkan perkhidmatan waranti untuk produk perkakasan kepada negara yang Apple atau Pengedar Sahnya menjual peranti tersebut pada asalnya.

TANGGUNGJAWAB ANDA

ANDA HENDAKLAH MEMBUAT SALINAN SANDARAN BERKALA TERHADAP MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA MEDIA STORAN PRODUK APPLE UNTUK MELINDUNGI KANDUNGAN DAN SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA TERHADAP KEMUNGKINAN KEGAGALAN OPERASI. 

Sebelum menerima servis waranti, Apple atau ejennya mungkin menghendaki anda menunjukkan bukti butir-butir pembelian, menjawab soalan yang direka bentuk untuk membantu mendiagnosis potensi isu dan mengikuti prosedur Apple untuk mendapatkan servis waranti. Sebelum menyerahkan Produk Apple anda untuk servis waranti, anda hendaklah menyimpan salinan sandaran berasingan bagi kandungan media storannya, mengeluarkan semua maklumat peribadi yang ingin anda lindungi dan menyahdayakan semua kata laluan keselamatan.

SEMASA SERVIS WARANTI, KANDUNGAN MEDIA STORAN AKAN DIPADAMKAN DAN DIFORMATKAN SEMULA. APPLE DAN EJENNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN PROGRAM PERISIAN, DATA ATAU MAKLUMAT LAIN YANG TERKANDUNG DALAM MEDIA STORAN ATAU SEBARANG BAHAGIAN LAIN PRODUK APPLE YANG DISERVIS.

Selepas servis waranti, Produk Apple anda atau peranti gantian akan dikembalikan kepada anda sepertimana Produk Apple anda dikonfigurasi semasa dibeli pada asalnya, tertakluk kepada kemas kini yang berkenaan. Apple boleh memasang kemas kini perisian sistem sebagai sebahagian daripada servis waranti yang akan menghalang Produk Apple daripada berbalik kepada versi perisian sistem terdahulu. Aplikasi pihak ketiga yang dipasang pada Produk Apple mungkin tidak serasi atau berfungsi dengan Produk Apple akibat daripada pengemaskinian perisian sistem. Anda bertanggungjawab untuk memasang semula semua program perisian, data dan maklumat lain. Pemulihan dan pemasangan semula program perisian, data dan maklumat lain tidak diliputi di bawah Waranti ini.

Penting: Jangan cuba membuka Produk Apple atau membuka sebarang tudung perlindungan yang dipasang pada Produk Apple. Membuka Produk Apple atau membuka tudung perlindungan mungkin menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi oleh Waranti ini. Hanya Apple atau AASP boleh menjalankan servis pada Produk Apple ini.

APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH APPLE JIKA WARANTI DILANGGAR?

Jika dalam Tempoh Waranti itu anda menyerahkan tuntutan kepada Apple atau AASP selaras dengan waranti ini, Apple mempunyai opsyen untuk: 

(i) membaiki Produk Apple menggunakan bahagian baharu atau terpakai yang setara prestasi dan keandalannya dengan bahagian baharu, 

(ii) menggantikan Produk Apple dengan model yang sama (atau dengan persetujuan anda, produk yang mempunyai kefungsian serupa) yang dibentuk daripada bahan baharu dan/atau terpakai yang setara prestasi dan keandalannya dengan bahagian baharu, atau 

(iii) menukar Produk Apple itu dengan membayar balik harga belian anda.

Apple boleh meminta anda menggantikan bahagian tertentu yang boleh dipasang oleh pengguna atau Produk Apple. Bahagian gantian atau Produk Apple, termasuk bahagian yang boleh dipasang oleh pengguna yang telah dipasang menurut arahan yang disediakan Apple, akan dijamin bagi baki tempoh Waranti atau sembilan puluh (90) hari dari tarikh penggantian atau pembaikan, yang mana satu memberikan liputan lebih panjang buat anda. Apabila Produk Apple atau bahagian digantikan atau pembayaran balik diberikan, sebarang barangan gantian menjadi harta anda dan barangan yang digantikan atau dibayar balik menjadi milik Apple.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN WARANTI?

Sila akses dan semak sumber bantuan dalam talian yang diterangkan di bawah sebelum mendapatkan servis waranti. Jika Produk Apple masih tidak berfungsi dengan sempurna selepas menggunakan sumber ini, sila hubungi wakil Apple atau, jika berkenaan, kedai jualan runcit milik Apple ("Jualan Runcit Apple") atau AASP, menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Wakil Apple atau AASP akan membantu menentukan sama ada Produk Apple anda memerlukan servis dan, jika ya, akan memaklumkan anda cara Apple akan menyediakannya. Apabila menghubungi Apple melalui telefon, caj lain mungkin dikenakan bergantung pada lokasi anda.

Maklumat dalam talian dengan butir-butir untuk mendapatkan perkhidmatan waranti disediakan di bawah.

PILIHAN PERKHIDMATAN WARANTI

Apple akan menyediakan perkhidmatan waranti menerusi satu atau lebih daripada satu pilihan berikut:

(i) Servis bawa sendiri. Anda boleh mengembalikan Produk Apple anda ke lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP yang menawarkan servis bawa sendiri. Servis akan dilakukan di lokasi, atau Jualan Runcit Apple atau AASP mungkin menghantar Produk Apple anda ke lokasi Khidmat Pembaikan Apple (‘Apple Repair Service’, “ARS”) untuk diservis. Setelah anda dimaklumkan bahawa servis selesai dilaksanakan, anda hendaklah mengambil Produk Apple dengan segera daripada lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP melainkan dimaklumkan oleh Apple bahawa Produk Apple itu akan dihantar terus ke lokasi anda dari lokasi ARS.

(ii) Servis hantar melalui pos. Jika Apple menentukan bahawa Produk Apple anda layak menerima servis penghantaran melalui pos, Apple akan menghantar waybil prabayar kepada anda dan jika berkenaan, bahan pembungkusan dan arahan tentang cara membungkus dan menulis alamat dengan betul untuk produk Apple anda, supaya anda boleh menghantar Produk Apple ke lokasi ARS atau AASP. Setelah servis selesai dijalankan, lokasi ARS atau AASP akan mengembalikan Produk Apple kepada anda. Apple akan membayar kos penghantaran ke dan dari lokasi anda jika semua arahan berkaitan kaedah pembungkusan dan penghantaran Produk Apple dipatuhi.

(iii) Servis alat ganti Laksana sendiri (DIY). Servis alat ganti DIY membenarkan anda membaiki Produk Apple anda sendiri. Jika servis alat ganti DIY tersedia, proses berikut akan digunakan. 

(a) Servis di mana Apple memerlukan pengembalian Produk Apple atau alat ganti yang ditukar. Apple mungkin memerlukan pemberikuasaan kad kredit sebagai cagaran bagi harga runcit Produk Apple atau alat ganti dan kos penghantaran yang berkenaan. Jika anda tidak dapat menyediakan pemberikuasaan kad kredit, servis alat ganti DIY mungkin tidak tersedia kepada anda dan Apple akan menawarkan aturan alternatif untuk servis. Apple akan menghantar Produk Apple atau alat ganti kepada anda dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan untuk mengembalikan Produk Apple atau alat ganti yang ditukar. Jika anda mematuhi arahan, Apple akan membatalkan pemberikuasaan kad kredit, jadi anda tidak akan dicaj untuk Produk Apple atau alat ganti dan kos penghantaran ke dan dari lokasi anda. Jika anda gagal mengembalikan Produk Apple atau alat ganti yang ditukar seperti yang diarahkan atau mengembalikan Produk Apple atau alat ganti yang ditukar yang tidak layak diservis, Apple akan mengecaj kad kredit anda untuk amaun yang diberi kuasa.

(b) Servis di mana Apple tidak memerlukan pengembalian Produk Apple atau alat ganti yang ditukar. Apple akan menghantar kepada anda secara percuma Produk Apple atau alat ganti yang disertakan dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan bagi pelupusan Produk Apple atau alat ganti yang ditukar. 

(c) Apple tidak bertanggungjawab atas sebarang kos buruh yang ditanggung oleh anda berkenaan dengan servis alat ganti DIY. Jika anda memerlukan bantuan lanjutan, hubungi Apple di nombor telefon yang disenaraikan di bawah.

Apple berhak mengubah kaedah cara Apple boleh menyediakan servis waranti kepada anda dan kelayakan Produk Apple anda untuk menerima kaedah servis tertentu. Servis adalah terhad kepada opsyen yang tersedia di negara di mana servis diminta. Opsyen servis, ketersediaan alat ganti dan masa respons mungkin berbeza-beza mengikut negara. Anda mungkin bertanggungjawab untuk caj penghantaran dan pengendalian jika Produk Apple tidak dapat diservis di negara tempat ia berada. Jika anda mendapatkan servis di negara yang bukan negara asal pembelian, anda akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan import dan eksport yang terpakai serta bertanggungjawab untuk semua duti kastam, V.A.T. serta lain-lain cukai dan caj yang berkaitan. Di mana perkhidmatan antarabangsa tersedia, Apple boleh membaiki atau menggantikan Produk Apple dan bahagian dengan Produk Apple dan bahagian yang setara yang mematuhi piawaian tempatan.

PENGEHADAN LIABILITI

KECUALI SEPERTIMANA DIPERUNTUKKAN DALAM WARANTI INI DAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS GANTIRUGI LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH SEBARANG PELANGGARAN WARANTI ATAU SYARAT, ATAU DI BAWAH SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN PENGGUNAAN; KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU JANGKAAN (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DARI KONTRAK); KEHILANGAN PENGGUNAAN WANG; KEHILANGAN PENJIMATAN YANG DIJANGKA; KEHILANGAN PERNIAGAAN; KEHILANGAN PELUANG; KEHILANGAN NAMA BAIK; KEHILANGAN REPUTASI, KEHILANGAN, KEROSAKAN, PENJEJASAN ATAU KEROSAKAN DATA; ATAU SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT YANG WALAU BAGAIMANAPUN JUA DIAKIBATKAN, TERMASUK PENGGANTIAN PERALATAN DAN HARTA, SEBARANG KOS PEMULIHAN, PEMPROGRAMAN, ATAU MENGHASILKAN SEMULA SEBARANG PROGRAM ATAU DATA YANG DISIMPAN DALAM ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK APPLE ATAU SEBARANG KEGAGALAN MENGEKALKAN KERAHSIAAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

PENGEHADAN YANG DISEBUT SEBELUM INI TIDAK DIGUNA PAKAI TERHADAP TUNTUTAN KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI, ATAU SEBARANG LIABILITI STATUTORI UNTUK TINDAKAN DAN/ATAU PENINGGALAN YANG DISENGAJAKAN DAN YANG CUAI SECARA MELAMPAU. APPLE MENAFIKAN SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA APPLE AKAN DAPAT MEMBAIKI SEBARANG PRODUK APPLE DI BAWAH WARANTI INI ATAU MENGGANTIKAN PRODUK APPLE TANPA RISIKO KEPADA ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, MAKA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

AM

Penjual semula, ejen, atau pekerja Apple tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian, pelanjutan, atau tambahan kepada Waranti ini. Jika sebarang terma didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, kesahan atau kebolehan untuk menguatkuasakan terma selainnya tidak akan terjejas atau dihalang. Waranti ini dikawal oleh dan ditafsirkan di bawah undang-undang negara di mana Produk Apple dibeli. Apple dikenal pasti di hujung dokumen ini menurut negara atau rantau di mana Produk Apple dibeli. Apple atau pengganti hakmiliknya adalah penjamin di bawah Waranti ini.

MAKLUMAT DALAM TALIAN

Maklumat lanjut tentang perkara berikut boleh didapati dalam talian:

Maklumat Sokongan Antarabangsa

www.apple.com/support/country

Pengedar Sah 

support.apple.com/ms-my/HT1434

Pembekal Khidmat Sah Apple

support.apple.com/ms-my/HT1937 

support.apple.com/ms-my/HT1434

Kedai Jualan Runcit Apple

www.apple.com/retail/storelist/

Sokongan dan Perkhidmatan Apple

www.apple.com/support/contact/phone_contacts.html

Sokongan Percuma Apple

www.apple.com/support/country/?dest=complimentary

PENANGGUNG OBLIGASI WARANTI UNTUK RANTAU ATAU NEGARA PEMBELIAN

Rantau/Negara Pembelian: Asia Pasifik

Australia; Fiji, Papua New Guinea; Vanuatu

Apple Pty. Limited.

PO Box A2629

Sydney South, NSW 1235

Tel Australia: 133 622

Hong Kong

Apple Asia Limited

2401 Tower One, Times Square, Causeway Bay

Hong Kong

India

Apple India Private Ltd.

19th Floor, Concorde Tower C

UB City No 24, Vittal Mallya Road

Bangalore 560-001, India

Jepun

Apple Japan, Inc.

6-10-1 Roppongi, Minato-ku Tokyo 106-6140

Jepun

Malaysia

Apple Malaysia Sdn Bhd

Level 11 MENARA CIMB, Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470

Kuala Lumpur, Malaysia

New Zealand

Apple Sales New Zealand

C/o 88 Shortland Street

Auckland Central, Auckland, 1010

New Zealand

Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Guam, Indonesia, Laos, Singapura, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka

Apple South Asia Pte. Ltd.

7 Ang Mo Kio Street 64

Singapore 569086

Republik Rakyat China

Apple Computer Trading (Shanghai) Co. Ltd. 

Building 6, Block C, 88 Maji Road, China (Shanghai) Pilot Free Trade Zone

Shanghai 200131, China

Thailand

Apple South Asia (Thailand) Limited

999/9 The Offices at Central World, HH4401-6 and HH4408-9, 44th Floor, Rama 1 Road

Pathumwan, Pathumwan, Bangkok

Taiwan

Apple Asia LLC

32F., No. 100, Songren Rd., Xinyi Dist.

Taipei City 11073, Taiwan

Vietnam
Apple Vietnam Limited Liability Company
Unit 901, Deutsches Haus Ho Chi Minh City. No. 33, Le Duan Blv.,Ben Nghe Ward, District 1

Ho Chi Minh City, Vietnam

Negara Asia Pasifik Lain

Apple Inc.
One Apple Park Way; Cupertino, CA 95014, U.S.A.

© 2020 Apple Inc. All rights reserved. Apple dan logo Apple adalah cap dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

121620-Warranty-Edition-Rest-of-APAC-Malay-v1.4

Waranti Terhad Dua (2) Tahun Apple

Untuk Produk Berjenama Apple Sahaja

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG PENGGUNA BERKAIT DENGAN WARANTI INI

WARANTI INI MEMBERIKAN HAK UNDANG-UNDANG KHUSUS KEPADA ANDA DAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU DAERAH). MELAINKAN SEPERTIMANA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK LAIN YANG MUNGKIN DIPUNYAI OLEH ANDA, TERMASUK HAK YANG MUNGKIN BERBANGKIT DARIPADA KETAKAKURAN KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK ANDA, ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, DAERAH ATAU NEGERI ANDA. 

HAD WARANTI ADALAH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PENGGUNA

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WARANTI INI DAN REMEDI YANG DIBENTANGKAN ADALAH EKSKLUSIF DAN MENGGANTIKAN SEMUA WARANTI, REMEDI DAN SYARAT LAIN, SAMA ADA SECARA LISAN, BERTULIS, STATUTORI, NYATA ATAU TERSIRAT. APPLE MENAFIKAN SEMUA WARANTI STATUTORI DAN TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI TENTANG KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERHADAP KECACATAN TERSEMBUNYI ATAU PENDAM, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. SETAKAT MANA WARANTI SEDEMIKIAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN, APPLE MENGEHADKAN TEMPOH DAN REMEDI WARANTI SEDEMIKIAN KEPADA TEMPOH WARANTI NYATA INI DAN, MENURUT PILIHAN APPLE, PERKHIDMATAN PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN YANG DITERANGKAN DI BAWAH. SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN TERHADAP TEMPOH MASA WARANTI (ATAU SYARAT) TERSIRAT, JADI PENGEHADAN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

APA YANG DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Apple menjamin produk perkakasan bejenama Apple dan aksesori berjenama Apple yang terkandung dalam bungkusan asal (“Produk Apple”) terhadap sebarang kecacatan pada bahan dan mutu kerja apabila digunakan secara biasa menurut garis panduan yang diterbitkan oleh Apple untuk tempoh DUA (2) TAHUN dari tarikh pembelian runcit asal oleh pembeli pengguna akhir ("Tempoh Waranti"). Garis panduan yang diterbitkan oleh Apple termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang terkandung dalam spesifikasi teknikal, buku panduan pengguna dan komunikasi perkhidmatan.

Harap maklum:  Semua tuntutan yang dibuat di bawah Waranti Terhad Dua Tahun Apple akan dikawal oleh terma yang ditetapkan dalam dokumen waranti ini.

APA YANG TIDAK DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Waranti ini tidak diguna pakai terhadap sebarang produk perkakasan atau sebarang perisian bukan berjenama Apple, walaupun dibungkus atau dijual dalam perkakasan Apple. Ini tidak mempengaruhi hak anda di bawah undang-undang pengguna yang berkenaan. Pengeluar, pembekal atau penerbit, selain daripada Apple, mungkin menyediakan waranti mereka sendiri kepada anda – sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Perisian yang diedarkan oleh Apple dengan atau tanpa jenama Apple (termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian sistem) tidak diliputi oleh Waranti ini. Sila rujuk kepada perjanjian pelesenan yang disertakan dengan perisian untuk mendapatkan butir-butir tentang hak anda berkenaan dengan penggunaannya. Apple tidak menjamin bahawa pengendalian Produk Apple adalah tanpa gangguan atau bebas ralat. Apple tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang timbul daripada kegagalan mematuhi arahan berkaitan dengan penggunaan Produk Apple.

Waranti ini tidak terpakai: (a) untuk bahagian guna habis, seperti bateri atau lapisan perlindungan yang akan mengurang mengikut masa, melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (b) untuk kerosakan kosmetik, termasuk tetapi tidak terhad kepada calar, kemik dan plastik pecah pada port melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (c) untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dengan komponen atau produk pihak ketiga yang tidak memenuhi spesifikasi Produk Apple (spesifikasi Produk Apple tersedia di www.apple.com/my di bawah spesifikasi teknikal untuk setiap produk dan turut tersedia di kedai); (d) untuk kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan, kebakaran, gempa bumi atau punca luaran lain; (e) untuk kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian Produk Apple di luar garis panduan yang diterbitkan oleh Apple; (f) untuk kerosakan yang disebabkan oleh servis (termasuk peningkatan dan pengembangan) yang dilakukan oleh individu yang tidak mewakili Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple (“AASP”); (g) untuk Produk Apple yang telah diubah suai untuk meminda fungsi atau keupayaannya tanpa kebenaran bertulis daripada Apple; (h) untuk kecacatan yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa atau disebabkan penuaan biasa Produk Apple, (i) jika sebarang nombor siri telah dikeluarkan atau dirosakkan daripada Produk Apple, atau (j) jika Apple menerima maklumat daripada penguatkuasa awam yang berkaitan bahawa produk telah dicuri atau jika anda tidak dapat menyahaktifkan langkah pendayaan kod laluan atau langkah keselamatan lain yang bertujuan untuk menghalang akses tanpa kebenaran kepada Produk Apple dan anda tidak dapat membuktikan dalam sebarang cara bahawa anda merupakan pengguna berdaftar produk itu (mis. dengan mengemukakan bukti pembelian).

PENGEHADAN PENTING UNTUK PERKHIDMATAN.

Apple boleh mengehadkan perkhidmatan waranti untuk produk perkakasan kepada negara yang Apple atau Pengedar Sahnya menjual peranti tersebut pada asalnya.

TANGGUNGJAWAB ANDA

ANDA HENDAKLAH MEMBUAT SALINAN SANDARAN BERKALA TERHADAP MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA MEDIA STORAN PRODUK APPLE UNTUK MELINDUNGI KANDUNGAN DAN SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA TERHADAP KEMUNGKINAN KEGAGALAN OPERASI. 

Sebelum menerima perkhidmatan waranti, Apple atau ejennya mungkin memerlukan anda menunjukkan bukti butir-butir pembelian, menjawab soalan yang direka bentuk untuk membantu mendiagnosis potensi isu dan mengikuti prosedur Apple untuk mendapatkan perkhidmatan waranti. Sebelum menyerahkan Produk Apple anda untuk perkhidmatan waranti, anda hendaklah menyimpan salinan sandaran berasingan bagi kandungan media storannya, mengeluarkan semua maklumat peribadi yang ingin anda lindungi dan melumpuhkan semua kata laluan keselamatan.

SEMASA PERKHIDMATAN WARANTI, KANDUNGAN MEDIA STORAN AKAN DIPADAMKAN DAN DIFORMATKAN SEMULA. APPLE DAN EJENNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN PROGRAM PERISIAN, DATA ATAU MAKLUMAT LAIN YANG TERKANDUNG DALAM MEDIA STORAN ATAU SEBARANG BAHAGIAN LAIN PRODUK APPLE YANG DISERVIS.

Selepas perkhidmatan waranti, Produk Apple anda atau peranti gantian akan dikembalikan kepada anda sepertimana Produk Apple anda dikonfigurasi semasa dibeli pada asalnya, tertakluk kepada kemas kinian yang berkenaan. Apple boleh memasang kemas kinian perisian sistem sebagai sebahagian daripada perkhidmatan waranti yang akan menghalang Produk Apple daripada berbalik kepada versi perisian sistem terdahulu. Aplikasi pihak ketiga yang dipasang pada Produk Apple mungkin tidak serasi atau berfungsi dengan Produk Apple akibat daripada pengemaskinian perisian sistem. Anda bertanggungjawab untuk memasang semula semua program perisian, data dan maklumat lain. Pemulihan dan pemasangan semula program perisian, data dan maklumat lain tidak diliputi di bawah Waranti ini.

Penting: Jangan cuba membuka Produk Apple atau membuka sebarang tudung perlindungan yang dipasang pada Produk Apple. Membuka Produk Apple atau membuka tudung perlindungan mungkin menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi oleh Waranti ini. Hanya Apple atau AASP boleh menjalankan servis pada Produk Apple ini. 

APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH APPLE JIKA WARANTI DILANGGAR?

Jika dalam Tempoh Waranti itu anda menyerahkan tuntutan kepada Apple atau AASP selaras dengan waranti ini, Apple mempunyai pilihan untuk: 

(i) membaiki Produk Apple menggunakan bahagian baharu atau terpakai yang setara prestasi dan keandalannya dengan bahagian baharu, 

(ii) menggantikan Produk Apple dengan model yang sama (atau dengan persetujuan anda, produk yang mempunyai kefungsian serupa) yang dibentuk daripada bahan baharu dan/atau terpakai yang setara prestasi dan keandalannya dengan bahagian baharu, atau 

(iii) menukar Produk Apple itu dengan membayar balik harga belian anda.

Apple boleh meminta anda menggantikan bahagian tertentu yang boleh dipasang oleh pengguna atau Produk Apple. Bahagian gantian atau Produk Apple, termasuk bahagian yang boleh dipasang oleh pengguna yang telah dipasang menurut arahan yang disediakan Apple, akan dijamin bagi baki tempoh Waranti atau sembilan puluh (90) hari dari tarikh penggantian atau pembaikan, yang mana satu memberikan liputan lebih panjang buat anda. Apabila Produk Apple atau bahagian digantikan atau pembayaran balik diberikan, sebarang barangan gantian menjadi harta anda dan barangan yang digantikan atau dibayar balik menjadi milik Apple.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN WARANTI?

Sila akses dan semak sumber bantuan dalam talian yang diterangkan di bawah sebelum mendapatkan perkhidmatan waranti. Jika Produk Apple masih tidak berfungsi dengan sempurna selepas menggunakan sumber ini, sila hubungi wakil Apple atau, jika berkenaan, kedai jualan runcit milik Apple ("Jualan Runcit Apple") atau AASP, menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Wakil Apple atau AASP akan membantu menentukan sama ada Produk Apple anda memerlukan servis dan, jika ya, akan memaklumkan anda bagaimana Apple akan menyediakannya. Apabila menghubungi Apple melalui telefon, caj lain mungkin dikenakan bergantung pada lokasi anda.

Maklumat dalam talian dengan butir-butir untuk mendapatkan perkhidmatan waranti disediakan di bawah.

PILIHAN PERKHIDMATAN WARANTI

Apple akan menyediakan perkhidmatan waranti menerusi satu atau lebih daripada satu pilihan berikut:

(i) Perkhidmatan bawa sendiri. Anda boleh mengembalikan Produk Apple anda ke lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP yang menawarkan perkhidmatan bawa sendiri. Servis akan dilakukan di lokasi, atau Jualan Runcit Apple atau AASP mungkin menghantar Produk Apple anda ke lokasi Khidmat Pembaikan Apple (‘Apple Repair Service’, “ARS”) untuk diservis. Setelah anda dimaklumkan bahawa servis selesai dilaksanakan, anda hendaklah mengambil Produk Apple dengan segera daripada lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP melainkan dimaklumkan oleh Apple bahawa Produk Apple itu akan dihantar terus ke lokasi anda dari lokasi ARS.

(ii) Perkhidmatan hantar melalui pos. Jika Apple menentukan bahawa Produk Apple anda layak menerima perkhidmatan penghantaran melalui pos, Apple akan menghantar waybil prabayar kepada anda dan jika berkenaan, bahan pembungkusan dan arahan tentang cara membungkus dan menulis alamat dengan betul untuk produk Apple anda, supaya anda boleh menghantar Produk Apple ke lokasi ARS atau AASP. Setelah servis selesai dijalankan, lokasi ARS atau AASP akan mengembalikan Produk Apple kepada anda. Apple akan membayar kos penghantaran ke dan dari lokasi anda jika semua arahan berkaitan kaedah pembungkusan dan penghantaran Produk Apple dipatuhi.

(iii) Perkhidmatan bahagian Buat sendiri (DIY). Khidmat bahagian DIY membenarkan anda membaiki Produk Apple anda sendiri. Jika khidmat bahagian DIY tersedia, proses berikut akan digunakan. 

(a) Perkhidmatan di mana Apple memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple mungkin memerlukan pemberikuasaan kad kredit sebagai cagaran bagi harga runcit Produk Apple atau bahagian gantian dan kos penghantaran yang berkenaan. Jika anda tidak dapat menyediakan pemberikuasaan kad kredit, perkhidmatan bahagian DIY mungkin tidak tersedia kepada anda dan Apple akan menawarkan aturan alternatif untuk perkhidmatan. Apple akan menghantar Produk Apple atau bahagian gantian kepada anda dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan untuk mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Jika anda mematuhi arahan, Apple akan membatalkan pemberikuasaan kad kredit, jadi anda tidak akan dicaj untuk Produk Apple atau bahagian dan kos penghantaran ke dan dari lokasi anda. Jika anda gagal mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan seperti yang diarahkan atau mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan yang tidak layak diservis, Apple akan mengecaj kad kredit anda untuk jumlah yang dibenarkan.

(b) Perkhidmatan di mana Apple tidak memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple akan menghantar kepada anda secara percuma Produk Apple atau bahagian gantian yang disertakan dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan bagi pelupusan Produk Apple atau bahagian yang digantikan. 

(c) Apple tidak bertanggungjawab atas sebarang kos buruh yang ditanggung oleh anda berkenaan dengan perkhidmatan bahagian DIY. Jika anda memerlukan bantuan lanjutan, hubungi Apple di nombor telefon yang disenaraikan di bawah.

Apple merizab hak untuk menukar kaedah bagaimana Apple boleh menyediakan perkhidmatan waranti kepada anda dan kelayakan Produk Apple anda untuk menerima kaedah perkhidmatan tertentu. Perkhidmatan adalah terhad kepada pilihan yang tersedia di negara di mana perkhidmatan diminta. Pilihan perkhidmatan, ketersediaan bahagian dan masa respons mungkin berbeza-beza mengikut negara. Anda mungkin bertanggungjawab atas caj penghantaran dan pengendalian jika Produk Apple tidak boleh diservis di negara di mana ia berada. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan di negara yang bukan negara asal pembelian, anda hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan import dan eksport yang diguna pakai dan hendaklah bertanggungjawab terhadap semua duti kastam, V.A.T. dan cukai serta caj berkaitan yang lain. Di mana perkhidmatan antarabangsa tersedia, Apple boleh membaiki atau menggantikan Produk Apple dan bahagian dengan Produk Apple dan bahagian yang setara yang mematuhi piawaian tempatan.

PENGEHADAN LIABILITI

KECUALI SEPERTIMANA DIPERUNTUKKAN DALAM WARANTI INI DAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS GANTIRUGI LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH SEBARANG PELANGGARAN WARANTI ATAU SYARAT, ATAU DI BAWAH SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN PENGGUNAAN; KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU JANGKAAN (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DARI KONTRAK); KEHILANGAN PENGGUNAAN WANG; KEHILANGAN PENJIMATAN YANG DIJANGKA; KEHILANGAN PERNIAGAAN; KEHILANGAN PELUANG; KEHILANGAN NAMA BAIK; KEHILANGAN REPUTASI, KEHILANGAN, KEROSAKAN, PENJEJASAN ATAU KEROSAKAN DATA; ATAU SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT YANG WALAU BAGAIMANAPUN JUA DIAKIBATKAN, TERMASUK PENGGANTIAN PERALATAN DAN HARTA, SEBARANG KOS PEMULIHAN, PEMPROGRAMAN, ATAU MENGHASILKAN SEMULA SEBARANG PROGRAM ATAU DATA YANG DISIMPAN DALAM ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK APPLE ATAU SEBARANG KEGAGALAN MENGEKALKAN KERAHSIAAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

PENGEHADAN YANG DISEBUT SEBELUM INI TIDAK DIGUNA PAKAI TERHADAP TUNTUTAN KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI, ATAU SEBARANG LIABILITI STATUTORI UNTUK TINDAKAN DAN/ATAU PENINGGALAN YANG DISENGAJAKAN DAN YANG CUAI SECARA MELAMPAU. APPLE MENAFIKAN SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA APPLE AKAN DAPAT MEMBAIKI SEBARANG PRODUK APPLE DI BAWAH WARANTI INI ATAU MENGGANTIKAN PRODUK APPLE TANPA RISIKO KEPADA ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, MAKA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

AM

Penjual semula, ejen atau pekerja Apple tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian, pelanjutan atau tambahan pada Waranti ini. Jika sebarang terma didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, kesahan atau kebolehan untuk menguatkuasakan terma selainnya tidak akan terjejas atau dihalang. Waranti ini dikawal oleh dan ditafsirkan di bawah undang-undang negara di mana Produk Apple dibeli. Apple dikenal pasti di hujung dokumen ini menurut negara atau rantau di mana Produk Apple dibeli. Apple atau pengganti hakmiliknya adalah penjamin di bawah Waranti ini.

MAKLUMAT DALAM TALIAN

Maklumat lanjut tentang perkara berikut boleh didapati dalam talian:

Maklumat Sokongan Antarabangsa

www.apple.com/my/support

Pengedar Sah 

locate.apple.com/my/en/

Pembekal Khidmat Sah Apple

support.apple.com/en-my/HT204039

locate.apple.com/my/en/

Kedai Jualan Runcit Apple

www.apple.com/retail/storelist/

Sokongan dan Perkhidmatan Apple

support.apple.com/en-my/HT201232

Sokongan Percuma Apple

www.apple.com/my/support/complimentary/

 

PENANGGUNG OBLIGASI WARANTI UNTUK RANTAU ATAU NEGARA PEMBELIAN

Rantau/Negara Pembelian

Apple

Alamat

Asia Pasifik

Australia; Fiji, Papua New Guinea; Vanuatu

Apple Pty. Limited.

PO Box A2629, Sydney South, NSW 1235, Australia Tel: 133 622

Hong Kong

Apple Asia Limited

2401 Tower One, Times Square, Causeway Bay; Hong Kong

India

Apple India Private Ltd..

19th Floor, Concorde Tower C, UB City No 24, Vittal Mallya Road, Bangalore 560-001, India

Jepun

Apple Japan, Inc.

6-10-1 Roppongi, Minato-ku Tokyo 106-6140, Japan

Malaysia

Apple Malaysia Sdn Bhd

Level 11 MENARA CIMB, Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470, Kuala Lumpur, Malaysia

New Zealand

Apple Sales New Zealand

C/o 88 Shortland Street, Auckland Central, Auckland, 1010 , New Zealand

Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Guam, Indonesia, Laos, Singapura, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka,

Apple South Asia Pte. Ltd.

7 Ang Mo Kio Street 64

Singapore 569086

Republik Rakyat China

Apple Computer Trading (Shanghai) Co. Ltd. 

Building 6, Block C, 88 Maji Road, China (Shanghai) Pilot Free Trade Zone, Shanghai 200131, China.

Thailand

Apple South Asia (Thailand) Limited

44th Floor, Room No. HH4401-6, The Offices at Central World, 999/9 Rama 1 Road , Pathumwan, Pathumwan , Bangkok 10330 Thailand

Taiwan

Apple Asia LLC

19F., No.1, Songzhi Rd., Xinyi Dist., Taipei City 110, Taiwan

Vietnam

Apple Vietnam Limited Liability Company

No.: Suites 608A, Level 6, Me Linh Point Tower, No. 2, Ngo Duc Ke Street, Ben Nghe Ward, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam

Negara Asia Pasifik Lain

Apple Inc.

1 Apple Park Way; Cupertino, CA 95014, U.S.A.

 

© 2018 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

043018-Warranty-Edition-Rest-of-APAC-Malay-v1.3

Waranti Terhad Dua (2) Tahun Apple

Untuk Produk Berjenama Apple Sahaja

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG PENGGUNA BERKAIT DENGAN WARANTI INI

WARANTI INI MEMBERIKAN HAK UNDANG-UNDANG KHUSUS KEPADA ANDA DAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU DAERAH). MELAINKAN SEPERTIMANA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK LAIN YANG MUNGKIN DIPUNYAI OLEH ANDA, TERMASUK HAK YANG MUNGKIN BERBANGKIT DARIPADA KETAKAKURAN KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK ANDA, ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, DAERAH ATAU NEGERI ANDA.

HAD WARANTI ADALAH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PENGGUNA

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WARANTI INI DAN REMEDI YANG DIBENTANGKAN ADALAH EKSKLUSIF DAN MENGGANTIKAN SEMUA WARANTI, REMEDI DAN SYARAT LAIN, SAMA ADA SECARA LISAN, BERTULIS, STATUTORI, NYATA ATAU TERSIRAT. APPLE MENAFIKAN SEMUA WARANTI STATUTORI DAN TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI TENTANG KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERHADAP KECACATAN TERSEMBUNYI ATAU PENDAM, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. SETAKAT MANA WARANTI SEDEMIKIAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN, APPLE MENGEHADKAN TEMPOH DAN REMEDI WARANTI SEDEMIKIAN KEPADA TEMPOH WARANTI NYATA INI DAN, MENURUT PILIHAN APPLE, PERKHIDMATAN PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN YANG DITERANGKAN DI BAWAH. SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN TERHADAP TEMPOH MASA WARANTI (ATAU SYARAT) TERSIRAT, JADI PENGEHADAN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

APA YANG DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Apple menjamin produk perkakasan bejenama Apple dan aksesori berjenama Apple yang terkandung dalam bungkusan asal (“Produk Apple”) terhadap sebarang kecacatan pada bahan dan mutu kerja apabila digunakan secara biasa menurut garis panduan yang diterbitkan oleh Apple untuk tempoh DUA (2) TAHUN dari tarikh pembelian runcit asal oleh pembeli pengguna akhir ("Tempoh Waranti"). Garis panduan yang diterbitkan oleh Apple termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang terkandung dalam spesifikasi teknikal, buku panduan pengguna dan komunikasi perkhidmatan.

Harap maklum: Semua tuntutan yang dibuat di bawah Waranti Terhad Dua Tahun Apple akan dikawal oleh terma yang ditetapkan dalam dokumen waranti ini.

APA YANG TIDAK DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Waranti ini tidak diguna pakai terhadap sebarang produk perkakasan atau sebarang perisian bukan berjenama Apple, walaupun dibungkus atau dijual dalam perkakasan Apple. Ini tidak mempengaruhi hak anda di bawah undang-undang pengguna yang berkenaan. Pengeluar, pembekal atau penerbit, selain daripada Apple, mungkin menyediakan waranti mereka sendiri kepada anda – sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Perisian yang diedarkan oleh Apple dengan atau tanpa jenama Apple (termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian sistem) tidak diliputi oleh Waranti ini. Sila rujuk kepada perjanjian pelesenan yang disertakan dengan perisian untuk mendapatkan butir-butir tentang hak anda berkenaan dengan penggunaannya. Apple tidak menjamin bahawa pengendalian Produk Apple adalah tanpa gangguan atau bebas ralat. Apple tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang timbul daripada kegagalan mematuhi arahan berkaitan dengan penggunaan Produk Apple.

Waranti ini tidak terpakai: (a) untuk bahagian guna habis, seperti bateri atau lapisan perlindungan yang akan mengurang mengikut masa, melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (b) untuk kerosakan kosmetik, termasuk tetapi tidak terhad kepada calar, kemik dan plastik pecah pada port melainkan kegagalan berlaku disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (c) untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dengan komponen atau produk pihak ketiga yang tidak memenuhi spesifikasi Produk Apple (spesifikasi Produk Apple tersedia di www.apple.com/my di bawah spesifikasi teknikal untuk setiap produk dan turut tersedia di kedai); (d) untuk kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan, kebakaran, gempa bumi atau punca luaran lain; (e) untuk kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian Produk Apple di luar garis panduan yang diterbitkan oleh Apple; (f) untuk kerosakan yang disebabkan oleh servis (termasuk peningkatan dan pengembangan) yang dilakukan oleh individu yang tidak mewakili Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple (“AASP”); (g) untuk Produk Apple yang telah diubah suai untuk meminda fungsi atau keupayaannya tanpa kebenaran bertulis daripada Apple; (h) untuk kecacatan yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa atau disebabkan penuaan biasa Produk Apple, (i) jika sebarang nombor siri telah dikeluarkan atau dirosakkan daripada Produk Apple, atau (j) jika Apple menerima maklumat daripada penguatkuasa awam yang berkaitan bahawa produk telah dicuri atau jika anda tidak dapat menyahaktifkan langkah pendayaan kod laluan atau langkah keselamatan lain yang bertujuan untuk menghalang akses tanpa kebenaran kepada Produk Apple dan anda tidak dapat membuktikan dalam sebarang cara bahawa anda merupakan pengguna berdaftar produk itu (mis. dengan mengemukakan bukti pembelian).

PENGEHADAN PENTING UNTUK PERKHIDMATAN.

Apple boleh mengehadkan perkhidmatan waranti untuk produk perkakasan kepada negara yang Apple atau Pengedar Sahnya menjual peranti tersebut pada asalnya.

TANGGUNGJAWAB ANDA

ANDA HENDAKLAH MEMBUAT SALINAN SANDARAN BERKALA TERHADAP MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA MEDIA STORAN PRODUK APPLE UNTUK MELINDUNGI KANDUNGAN DAN SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA TERHADAP KEMUNGKINAN KEGAGALAN OPERASI.

Sebelum menerima perkhidmatan waranti, Apple atau ejennya mungkin memerlukan anda menunjukkan bukti butir-butir pembelian, menjawab soalan yang direka bentuk untuk membantu mendiagnosis potensi isu dan mengikuti prosedur Apple untuk mendapatkan perkhidmatan waranti. Sebelum menyerahkan Produk Apple anda untuk perkhidmatan waranti, anda hendaklah menyimpan salinan sandaran berasingan bagi kandungan media storannya, mengeluarkan semua maklumat peribadi yang ingin anda lindungi dan melumpuhkan semua kata laluan keselamatan.

SEMASA PERKHIDMATAN WARANTI, KANDUNGAN MEDIA STORAN AKAN DIPADAMKAN DAN DIFORMATKAN SEMULA. APPLE DAN EJENNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN PROGRAM PERISIAN, DATA ATAU MAKLUMAT LAIN YANG TERKANDUNG DALAM MEDIA STORAN ATAU SEBARANG BAHAGIAN LAIN PRODUK APPLE YANG DISERVIS.

Selepas perkhidmatan waranti, Produk Apple anda atau peranti gantian akan dikembalikan kepada anda sepertimana Produk Apple anda dikonfigurasi semasa dibeli pada asalnya, tertakluk kepada kemas kinian yang berkenaan. Apple boleh memasang kemas kinian perisian sistem sebagai sebahagian daripada perkhidmatan waranti yang akan menghalang Produk Apple daripada berbalik kepada versi perisian sistem terdahulu. Aplikasi pihak ketiga yang dipasang pada Produk Apple mungkin tidak serasi atau berfungsi dengan Produk Apple akibat daripada pengemaskinian perisian sistem. Anda bertanggungjawab untuk memasang semula semua program perisian, data dan maklumat lain. Pemulihan dan pemasangan semula program perisian, data dan maklumat lain tidak diliputi di bawah Waranti ini.

Penting: Jangan cuba membuka Produk Apple atau membuka sebarang tudung perlindungan yang dipasang pada Produk Apple. Membuka Produk Apple atau membuka tudung perlindungan mungkin menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi oleh Waranti ini. Hanya Apple atau AASP boleh menjalankan servis pada Produk Apple ini.

APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH APPLE JIKA WARANTI DILANGGAR?

Jika dalam Tempoh Waranti itu anda menyerahkan tuntutan kepada Apple atau AASP selaras dengan waranti ini, Apple mempunyai pilihan untuk:

(i) membaiki Produk Apple menggunakan bahagian baharu atau terpakai yang setara prestasi dan keandalannya dengan bahagian baharu,

(ii) menggantikan Produk Apple dengan model yang sama (atau dengan persetujuan anda, produk yang mempunyai kefungsian serupa) yang dibentuk daripada bahan baharu dan/atau terpakai yang setara prestasi dan keandalannya dengan bahagian baharu, atau

(iii) menukar Produk Apple itu dengan membayar balik harga belian anda.

Apple boleh meminta anda menggantikan bahagian tertentu yang boleh dipasang oleh pengguna atau Produk Apple. Bahagian gantian atau Produk Apple, termasuk bahagian yang boleh dipasang oleh pengguna yang telah dipasang menurut arahan yang disediakan Apple, akan dijamin bagi baki tempoh Waranti atau sembilan puluh (90) hari dari tarikh penggantian atau pembaikan, yang mana satu memberikan liputan lebih panjang buat anda. Apabila Produk Apple atau bahagian digantikan atau pembayaran balik diberikan, sebarang barangan gantian menjadi harta anda dan barangan yang digantikan atau dibayar balik menjadi milik Apple.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN WARANTI?

Sila akses dan semak sumber bantuan dalam talian yang diterangkan di bawah sebelum mendapatkan perkhidmatan waranti. Jika Produk Apple masih tidak berfungsi dengan sempurna selepas menggunakan sumber ini, sila hubungi wakil Apple atau, jika berkenaan, kedai jualan runcit milik Apple ("Jualan Runcit Apple") atau AASP, menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Wakil Apple atau AASP akan membantu menentukan sama ada Produk Apple anda memerlukan servis dan, jika ya, akan memaklumkan anda bagaimana Apple akan menyediakannya. Apabila menghubungi Apple melalui telefon, caj lain mungkin dikenakan bergantung pada lokasi anda.

Maklumat dalam talian dengan butir-butir untuk mendapatkan perkhidmatan waranti disediakan di bawah.

PILIHAN PERKHIDMATAN WARANTI

Apple akan menyediakan perkhidmatan waranti menerusi satu atau lebih daripada satu pilihan berikut:

(i) Perkhidmatan bawa sendiri. Anda boleh mengembalikan Produk Apple anda ke lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP yang menawarkan perkhidmatan bawa sendiri. Servis akan dilakukan di lokasi, atau Jualan Runcit Apple atau AASP mungkin menghantar Produk Apple anda ke lokasi Khidmat Pembaikan Apple (‘Apple Repair Service’, “ARS”) untuk diservis. Setelah anda dimaklumkan bahawa servis selesai dilaksanakan, anda hendaklah mengambil Produk Apple dengan segera daripada lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP melainkan dimaklumkan oleh Apple bahawa Produk Apple itu akan dihantar terus ke lokasi anda dari lokasi ARS.

(ii) Perkhidmatan hantar melalui pos. Jika Apple menentukan bahawa Produk Apple anda layak menerima perkhidmatan penghantaran melalui pos, Apple akan menghantar waybil prabayar kepada anda dan jika berkenaan, bahan pembungkusan dan arahan tentang cara membungkus dan menulis alamat dengan betul untuk produk Apple anda, supaya anda boleh menghantar Produk Apple ke lokasi ARS atau AASP. Setelah servis selesai dijalankan, lokasi ARS atau AASP akan mengembalikan Produk Apple kepada anda. Apple akan membayar kos penghantaran ke dan dari lokasi anda jika semua arahan berkaitan kaedah pembungkusan dan penghantaran Produk Apple dipatuhi.

(iii) Perkhidmatan bahagian Buat sendiri (DIY). Khidmat bahagian DIY membenarkan anda membaiki Produk Apple anda sendiri. Jika khidmat bahagian DIY tersedia, proses berikut akan digunakan.

(a) Perkhidmatan di mana Apple memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple mungkin memerlukan pemberikuasaan kad kredit sebagai cagaran bagi harga runcit Produk Apple atau bahagian gantian dan kos penghantaran yang berkenaan. Jika anda tidak dapat menyediakan pemberikuasaan kad kredit, perkhidmatan bahagian DIY mungkin tidak tersedia kepada anda dan Apple akan menawarkan aturan alternatif untuk perkhidmatan. Apple akan menghantar Produk Apple atau bahagian gantian kepada anda dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan untuk mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Jika anda mematuhi arahan, Apple akan membatalkan pemberikuasaan kad kredit, jadi anda tidak akan dicaj untuk Produk Apple atau bahagian dan kos penghantaran ke dan dari lokasi anda. Jika anda gagal mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan seperti yang diarahkan atau mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan yang tidak layak diservis, Apple akan mengecaj kad kredit anda untuk jumlah yang dibenarkan.

(b) Perkhidmatan di mana Apple tidak memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple akan menghantar kepada anda secara percuma Produk Apple atau bahagian gantian yang disertakan dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan bagi pelupusan Produk Apple atau bahagian yang digantikan.

(c) Apple tidak bertanggungjawab atas sebarang kos buruh yang ditanggung oleh anda berkenaan dengan perkhidmatan bahagian DIY. Jika anda memerlukan bantuan lanjutan, hubungi Apple di nombor telefon yang disenaraikan di bawah.

Apple merizab hak untuk menukar kaedah bagaimana Apple boleh menyediakan perkhidmatan waranti kepada anda dan kelayakan Produk Apple anda untuk menerima kaedah perkhidmatan tertentu. Perkhidmatan adalah terhad kepada pilihan yang tersedia di negara di mana perkhidmatan diminta. Pilihan perkhidmatan, ketersediaan bahagian dan masa respons mungkin berbeza-beza mengikut negara. Anda mungkin bertanggungjawab atas caj penghantaran dan pengendalian jika Produk Apple tidak boleh diservis di negara di mana ia berada. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan di negara yang bukan negara asal pembelian, anda hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan import dan eksport yang diguna pakai dan hendaklah bertanggungjawab terhadap semua duti kastam, V.A.T. dan cukai serta caj berkaitan yang lain. Di mana perkhidmatan antarabangsa tersedia, Apple boleh membaiki atau menggantikan Produk Apple dan bahagian dengan Produk Apple dan bahagian yang setara yang mematuhi piawaian tempatan.

PENGEHADAN LIABILITI

KECUALI SEPERTIMANA DIPERUNTUKKAN DALAM WARANTI INI DAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS GANTIRUGI LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH SEBARANG PELANGGARAN WARANTI ATAU SYARAT, ATAU DI BAWAH SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN PENGGUNAAN; KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU JANGKAAN (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DARI KONTRAK); KEHILANGAN PENGGUNAAN WANG; KEHILANGAN PENJIMATAN YANG DIJANGKA; KEHILANGAN PERNIAGAAN; KEHILANGAN PELUANG; KEHILANGAN NAMA BAIK; KEHILANGAN REPUTASI, KEHILANGAN, KEROSAKAN, PENJEJASAN ATAU KEROSAKAN DATA; ATAU SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT YANG WALAU BAGAIMANAPUN JUA DIAKIBATKAN, TERMASUK PENGGANTIAN PERALATAN DAN HARTA, SEBARANG KOS PEMULIHAN, PEMPROGRAMAN, ATAU MENGHASILKAN SEMULA SEBARANG PROGRAM ATAU DATA YANG DISIMPAN DALAM ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK APPLE ATAU SEBARANG KEGAGALAN MENGEKALKAN KERAHSIAAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

PENGEHADAN YANG DISEBUT SEBELUM INI TIDAK DIGUNA PAKAI TERHADAP TUNTUTAN KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI, ATAU SEBARANG LIABILITI STATUTORI UNTUK TINDAKAN DAN/ATAU PENINGGALAN YANG DISENGAJAKAN DAN YANG CUAI SECARA MELAMPAU. APPLE MENAFIKAN SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA APPLE AKAN DAPAT MEMBAIKI SEBARANG PRODUK APPLE DI BAWAH WARANTI INI ATAU MENGGANTIKAN PRODUK APPLE TANPA RISIKO KEPADA ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, MAKA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

AM

Penjual semula, ejen atau pekerja Apple tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian, pelanjutan atau tambahan pada Waranti ini. Jika sebarang terma didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, kesahan atau kebolehan untuk menguatkuasakan terma selainnya tidak akan terjejas atau dihalang. Waranti ini dikawal oleh dan ditafsirkan di bawah undang-undang negara di mana Produk Apple dibeli. Apple dikenal pasti di hujung dokumen ini menurut negara atau rantau di mana Produk Apple dibeli. Apple atau pengganti hakmiliknya adalah penjamin di bawah Waranti ini.

MAKLUMAT DALAM TALIAN

Maklumat lanjut tentang perkara berikut boleh didapati dalam talian:


Maklumat Sokongan Antarabangsa

Pengedar Sah

Pembekal Khidmat Sah Apple support.apple.com/en-my/HT204039 | locate.apple.com/my/en/

Kedai Jualan Runcit Apple

Sokongan dan Perkhidmatan Apple

Sokongan Percuma Apple



PENANGGUNG OBLIGASI WARANTI UNTUK RANTAU ATAU NEGARA PEMBELIAN


Rantau/Negara PembelianAppleAlamat
Asia Pasifik
Australia; Fiji, Papua New Guinea; VanuatuApple Pty. Limited.PO Box A2629, Sydney South, NSW 1235, Australia Tel: 133 622
Hong KongApple Asia Limited2401 Tower One, Times Square, Causeway Bay; Hong Kong
IndiaApple India Private Ltd..19th Floor, Concorde Tower C, UB City No 24, Vittal Mallya Road, Bangalore 560-001, India
JepunApple Japan, Inc.6-10-1 Roppongi, Minato-ku Tokyo 106-6140, Japan
MalaysiaApple Malaysia Sdn BhdLevel 11 MENARA CIMB, Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470, Kuala Lumpur, Malaysia
New ZealandApple Sales New ZealandC/o 88 Shortland Street, Auckland Central, Auckland, 1010 , New Zealand
Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Guam, Indonesia, Laos, Singapura, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka,Apple South Asia Pte. Ltd.7 Ang Mo Kio Street 64
Singapore 569086
Republik Rakyat ChinaApple Computer Trading (Shanghai) Co. Ltd. Building 6, Block C, 88 Maji Road, China (Shanghai) Pilot Free Trade Zone, Shanghai 200131, China.
ThailandApple South Asia (Thailand) Limited44th Floor, Room No. HH4401-6, The Offices at Central World, 999/9 Rama 1 Road , Pathumwan, Pathumwan , Bangkok 10330 Thailand
TaiwanApple Asia LLC19F., No.1, Songzhi Rd., Xinyi Dist., Taipei City 110, Taiwan
Vietnam
Negara Asia Pasifik LainApple Inc.1 Infinite Loop; Cupertino, CA 95014, U.S.A.


© 2016 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

110215-Warranty-Edition-Rest-of-APAC-Malay-v1.2

Waranti Terhad Dua (2) Tahun Apple

Untuk Produk Berjenama Apple Sahaja

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG PENGGUNA BERKAIT DENGAN WARANTI INI

WARANTI INI MEMBERIKAN HAK UNDANG-UNDANG KHUSUS KEPADA ANDA DAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU DAERAH). MELAINKAN SEPERTIMANA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK LAIN YANG MUNGKIN DIPUNYAI OLEH ANDA, TERMASUK HAK YANG MUNGKIN BERBANGKIT DARIPADA KETAKAKURAN KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK ANDA, ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, DAERAH ATAU NEGERI ANDA.

HAD WARANTI ADALAH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PENGGUNA

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WARANTI INI DAN REMEDI YANG DIBENTANGKAN ADALAH EKSKLUSIF DAN MENGGANTIKAN SEMUA WARANTI, REMEDI DAN SYARAT LAIN, SAMA ADA LISAN, BERTULIS, STATUTORI, NYATA ATAU TERSIRAT. APPLE MENAFIKAN SEMUA WARANTI STATUTORI DAN TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI TENTANG KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERHADAP KECACATAN TERSEMBUNYI ATAU PENDAM, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. SETAKAT MANA WARANTI SEDEMIKIAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN, APPLE MENGEHADKAN TEMPOH DAN REMEDI WARANTI SEDEMIKIAN KEPADA TEMPOH WARANTI NYATA INI DAN, MENURUT PILIHAN APPLE, PERKHIDMATAN PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN YANG DITERANGKAN DI BAWAH. SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN TERHADAP TEMPOH MASA WARANTI (ATAU SYARAT) TERSIRAT, JADI PENGEHADAN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

APA YANG DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Apple menjamin produk perkakasan dan aksesori berjenama Apple yang terkandung dalam pembungkusan asal (“Produk Apple”) terhadap sebarang kecacatan pada bahan dan mutu kerja apabila digunakan secara biasa selaras dengan garis panduan yang diterbitkan oleh Apple untuk tempoh DUA (2) TAHUN dari tarikh pembelian runcit asal oleh pembeli pengguna akhir ("Tempoh Waranti"). Garis panduan yang diterbitkan oleh Apple termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang terkandung dalam spesifikasi teknikal, buku panduan pengguna dan komunikasi perkhidmatan.

Harap maklum: Semua tuntutan yang dibuat di bawah Waranti Terhad Dua Tahun Apple akan dikawal oleh terma yang ditetapkan dalam dokumen waranti ini.

APA YANG TIDAK DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Waranti ini tidak diguna pakai terhadap sebarang produk perkakasan atau sebarang perisian bukan berjenama Apple, walaupun dibungkus atau dijual dalam perkakasan Apple. Ini tidak mempengaruhi hak anda di bawah undang-undang pengguna yang berkenaan. Pengeluar, pembekal atau penerbit, selain daripada Apple, mungkin menyediakan waranti mereka sendiri kepada anda – sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Perisian yang diedarkan oleh Apple dengan atau tanpa jenama Apple (termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian sistem) tidak diliputi oleh Waranti ini. Sila rujuk kepada perjanjian pelesenan yang disertakan dengan perisian untuk mendapatkan butir-butir tentang hak anda berkenaan dengan penggunaannya. Apple tidak menjamin bahawa pengendalian Produk Apple adalah tanpa gangguan atau bebas ralat. Apple tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang timbul daripada kegagalan mematuhi arahan berkaitan dengan penggunaan Produk Apple.

Waranti ini tidak diguna pakai: (a) pada barangan guna habis, seperti bateri atau salutan perlindungan yang direka bentuk agar berkurangan lama-kelamaan, melainkan kegagalan disebabkan kecacatan bahan atau mutu kerja; (b) terhadap kerosakan kosmetik, termasuk tetapi tidak terhad kepada calar, kemekan dan plastik yang pecah pada bahagian port; (c) terhadap kerosakan yang disebabkan penggunaan bersaMac Produk lain; (d) terhadap kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan, kebakaran, gempa bumi atau sebab luaran lain; (e) terhadap kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian Produk Apple tanpa mengikut garis panduan yang diterbitkan oleh Apple; (f) terhadap kerosakan yang disebabkan oleh perkhidmatan (termasuk penaiktarafan dan pengembangan) yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang bukan wakil Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple (‘Apple Authorized Service Provider’, “AASP”); (g) terhadap Produk Apple yang telah diubah suai untuk mengubah kefungsian atau keupayaan tanpa keizinan bertulis daripada Apple; (h) terhadap kecacatan yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa atau sebaliknya disebabkan penuaan biasa Produk Apple, (i) jika sebarang nombor siri telah dikeluarkan atau dirosakkan pada Produk Apple atau (j) jika produk telah dicuri atau Apple percaya secara wajar bahawa produk telah dicuri berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa penguatkuasaan.

PENGEHADAN PENTING UNTUK PERKHIDMATAN.

Apple boleh mengehadkan perkhidmatan waranti untuk produk perkakasan kepada negara yang Apple atau Pengedar Sahnya menjual peranti tersebut pada asalnya.

TANGGUNGJAWAB ANDA

ANDA HENDAKLAH MEMBUAT SALINAN SANDARAN BERKALA TERHADAP MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA MEDIA STORAN PRODUK APPLE UNTUK MELINDUNGI KANDUNGAN DAN SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA TERHADAP KEMUNGKINAN KEGAGALAN OPERASI.

Sebelum menerima perkhidmatan waranti, Apple atau ejennya mungkin memerlukan anda menunjukkan bukti butir-butir pembelian, menjawab soalan yang direka bentuk untuk membantu mendiagnosis potensi isu dan mengikuti prosedur Apple untuk mendapatkan perkhidmatan waranti. Sebelum menyerahkan Produk Apple anda untuk perkhidmatan waranti, anda hendaklah menyimpan salinan sandaran berasingan bagi kandungan media storannya, mengeluarkan semua maklumat peribadi yang ingin anda lindungi dan melumpuhkan semua kata laluan keselamatan.

SEMASA PERKHIDMATAN WARANTI, KANDUNGAN MEDIA STORAN AKAN DIPADAMKAN DAN DIFORMATKAN SEMULA. APPLE DAN EJENNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN PROGRAM PERISIAN, DATA ATAU MAKLUMAT LAIN YANG TERKANDUNG DALAM MEDIA STORAN ATAU SEBARANG BAHAGIAN LAIN PRODUK APPLE YANG DISERVIS.

Selepas perkhidmatan waranti, Produk Apple anda atau peranti gantian akan dikembalikan kepada anda sepertimana Produk Apple anda dikonfigurasi semasa dibeli pada asalnya, tertakluk kepada kemas kinian yang berkenaan. Apple boleh memasang kemas kinian perisian sistem sebagai sebahagian daripada perkhidmatan waranti yang akan menghalang Produk Apple daripada berbalik kepada versi perisian sistem terdahulu. Aplikasi pihak ketiga yang dipasang pada Produk Apple mungkin tidak serasi atau berfungsi dengan Produk Apple akibat daripada pengemaskinian perisian sistem. Anda bertanggungjawab untuk memasang semula semua program perisian, data dan maklumat lain. Pemulihan dan pemasangan semula program perisian, data dan maklumat lain tidak diliputi di bawah Waranti ini.

Penting: Jangan cuba membuka Produk Apple atau membuka sebarang tudung perlindungan yang dipasang pada Produk Apple. Membuka Produk Apple atau membuka tudung perlindungan mungkin menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi oleh Waranti ini. Hanya Apple atau AASP boleh menjalankan servis pada Produk Apple ini.

APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH APPLE JIKA WARANTI DILANGGAR?

Jika dalam Tempoh Waranti anda menyerahkan tuntutan yang sah kepada Apple atau AASP, Apple akan, menurut pilihannya, (i) membaiki Produk Apple menggunakan bahagian baru atau terpakai yang setara dengan bahagian baru dari segi prestasi serta kebolehpercayaannya, (ii) menggantikan Produk Apple dengan peranti yang sekurang-kurangnya setara dari segi fungsinya dengan Produk Apple dan dibentuk daripada bahagian baru dan/atau terpakai yang setara dengan bahagian baru dari segi prestasi serta kebolehpercayaannya, atau (iii) menukar Produk Apple dengan pembayaran balik harga pembelian anda.

Apple boleh meminta anda menggantikan bahagian tertentu yang boleh dipasang oleh pengguna atau Produk Apple. Bahagian gantian atau Produk Apple, termasuk bahagian yang boleh dipasang oleh pengguna yang telah dipasang menurut arahan yang disediakan Apple, akan dijamin bagi baki tempoh Waranti atau sembilan puluh (90) hari dari tarikh penggantian atau pembaikan, yang mana satu memberikan liputan lebih panjang buat anda. Apabila Produk Apple atau bahagian digantikan atau pembayaran balik diberikan, sebarang barangan gantian menjadi harta anda dan barangan yang digantikan atau dibayar balik menjadi milik Apple.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN WARANTI?

Sila akses dan semak sumber bantuan dalam talian yang diterangkan di bawah sebelum mendapatkan perkhidmatan waranti. Jika Produk Apple masih tidak berfungsi dengan sempurna selepas menggunakan sumber ini, sila hubungi wakil Apple atau, jika berkenaan, kedai jualan runcit milik Apple ("Jualan Runcit Apple") atau AASP, menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Wakil Apple atau AASP akan membantu menentukan sama ada Produk Apple anda memerlukan servis dan, jika ya, akan memaklumkan anda bagaimana Apple akan menyediakannya. Apabila menghubungi Apple melalui telefon, caj lain mungkin dikenakan bergantung pada lokasi anda.

Maklumat dalam talian dengan butir-butir untuk mendapatkan perkhidmatan waranti disediakan di bawah.

PILIHAN PERKHIDMATAN WARANTI

Apple akan menyediakan perkhidmatan waranti menerusi satu atau lebih daripada satu pilihan berikut:

(i) Perkhidmatan bawa sendiri. Anda boleh mengembalikan Produk Apple anda ke lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP yang menawarkan perkhidmatan bawa sendiri. Servis akan dilakukan di lokasi, atau Jualan Runcit Apple atau AASP mungkin menghantar Produk Apple anda ke lokasi Khidmat Pembaikan Apple (‘Apple Repair Service’, “ARS”) untuk diservis. Setelah anda dimaklumkan bahawa servis telah disiap dijalankan, anda hendaklah mengambil Produk Apple dengan segera daripada lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP atau Produk Apple akan dihantar terus ke lokasi anda dari lokasi ARS.

(ii) Perkhidmatan hantar melalui pos. Jika Apple menentukan bahawa Produk Apple anda layak untuk perkhidmatan hantar melalui pos, Apple akan menghantar kepada anda waybil prabayar dan jika berkenaan, bahan pembungkusan, supaya anda boleh menghantar Produk Apple anda ke lokasi ARS atau AASP menurut arahan Apple. Setelah servis selesai dijalankan, lokasi ARS atau AASP akan mengembalikan Produk Apple kepada anda. Apple akan membayar untuk pengangkutan ke dan dari lokasi anda jika semua arahan dipatuhi.

(iii) Perkhidmatan bahagian Buat sendiri (DIY). Khidmat bahagian DIY membenarkan anda membaiki Produk Apple anda sendiri. Jika khidmat bahagian DIY tersedia, proses berikut akan digunakan.

(a) Perkhidmatan di mana Apple memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple mungkin memerlukan pemberikuasaan kad kredit sebagai cagaran bagi harga runcit Produk Apple atau bahagian gantian dan kos penghantaran yang berkenaan. Jika anda tidak dapat menyediakan pemberikuasaan kad kredit, perkhidmatan bahagian DIY mungkin tidak tersedia kepada anda dan Apple akan menawarkan aturan alternatif untuk perkhidmatan. Apple akan menghantar Produk Apple atau bahagian gantian kepada anda dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan untuk mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Jika anda mematuhi arahan, Apple akan membatalkan pemberikuasaan kad kredit, jadi anda tidak akan dicaj untuk Produk Apple atau bahagian dan kos penghantaran ke dan dari lokasi anda. Jika anda gagal mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan seperti yang diarahkan atau mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan yang tidak layak diservis, Apple akan mengecaj kad kredit anda untuk jumlah yang dibenarkan.

(b) Perkhidmatan di mana Apple tidak memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple akan menghantar kepada anda secara percuMac Produk Apple atau bahagian gantian yang disertakan dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan bagi pelupusan Produk Apple atau bahagian yang digantikan.

(c) Apple tidak bertanggungjawab atas sebarang kos buruh yang ditanggung oleh anda berkenaan dengan perkhidmatan bahagian DIY. Jika anda memerlukan bantuan lanjutan, hubungi Apple di nombor telefon yang disenaraikan di bawah.

Apple merizab hak untuk menukar kaedah bagaimana Apple boleh menyediakan perkhidmatan waranti kepada anda dan kelayakan Produk Apple anda untuk menerima kaedah perkhidmatan tertentu. Perkhidmatan adalah terhad kepada pilihan yang tersedia di negara di mana perkhidmatan diminta. Pilihan perkhidmatan, ketersediaan bahagian dan masa respons mungkin berbeza-beza mengikut negara. Anda mungkin bertanggungjawab atas caj penghantaran dan pengendalian jika Produk Apple tidak boleh diservis di negara di mana ia berada. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan di negara yang bukan negara asal pembelian, anda hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan import dan eksport yang diguna pakai dan hendaklah bertanggungjawab terhadap semua duti kastam, V.A.T. dan cukai serta caj berkaitan yang lain. Di mana perkhidmatan antarabangsa tersedia, Apple boleh membaiki atau menggantikan Produk Apple dan bahagian dengan Produk Apple dan bahagian yang setara yang mematuhi piawaian tempatan.

PENGEHADAN LIABILITI

KECUALI SEPERTIMANA DIPERUNTUKKAN DALAM WARANTI INI DAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS GANTIRUGI LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH SEBARANG PELANGGARAN WARANTI ATAU SYARAT, ATAU DI BAWAH SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN PENGGUNAAN; KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU JANGKAAN (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DARI KONTRAK); KEHILANGAN PENGGUNAAN WANG; KEHILANGAN PENJIMATAN YANG DIJANGKA; KEHILANGAN PERNIAGAAN; KEHILANGAN PELUANG; KEHILANGAN KEMUHIBAHAN; KEHILANGAN REPUTASI, KEHILANGAN, KEROSAKAN, PENJEJASAN ATAU KEROSAKAN DATA; ATAU SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT YANG WALAU BAGAIMANAPUN JUA DIAKIBATKAN, TERMASUK PENGGANTIAN PERALATAN DAN HARTA, SEBARANG KOS PEMULIHAN, PEMPROGRAMAN, ATAU MENGHASILKAN SEMULA SEBARANG PROGRAM ATAU DATA YANG DISIMPAN DALAM ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK APPLE ATAU SEBARANG KEGAGALAN MENGEKALKAN KERAHSIAAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

PENGEHADAN YANG DISEBUT SEBELUM INI TIDAK DIGUNA PAKAI TERHADAP TUNTUTAN KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI, ATAU SEBARANG LIABILITI STATUTORI UNTUK TINDAKAN DAN/ATAU PENINGGALAN YANG DISENGAJAKAN DAN YANG CUAI SECARA MELAMPAU. APPLE MENAFIKAN SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA APPLE AKAN DAPAT MEMBAIKI SEBARANG PRODUK APPLE DI BAWAH WARANTI INI ATAU MENGGANTIKAN PRODUK APPLE TANPA RISIKO KEPADA ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, MAKA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

PRIVASI

Apple akan menyimpan dan menggunakan maklumat pengguna berpandukan Dasar Privasi Pelanggan Apple yang tersedia di www.apple.com/legal/warranty/privacy.

AM

Penjual semula, ejen atau pekerja Apple tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian, pelanjutan atau tambahan pada Waranti ini. Jika sebarang terma didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, kesahan atau kebolehan untuk menguatkuasakan terma selainnya tidak akan terjejas atau dihalang. Waranti ini dikawal oleh dan ditafsirkan di bawah undang-undang negara di mana Produk Apple dibeli. Apple dikenal pasti di hujung dokumen ini menurut negara atau rantau di mana Produk Apple dibeli. Apple atau pengganti hakmiliknya adalah penjamin di bawah Waranti ini.

MAKLUMAT DALAM TALIAN

Maklumat lanjut tentang perkara berikut boleh didapati dalam talian:

Maklumat Sokongan Antarabangsa

Pengedar Sah

Pembekal Khidmat Sah Apple http://support.apple.com/kb/HT1937 | http://support.apple.com/kb/HT1434

Kedai Jualan Runcit Apple

Sokongan dan Perkhidmatan Apple

Sokongan Percuma Apple



PENANGGUNG OBLIGASI WARANTI UNTUK RANTAU ATAU NEGARA PEMBELIAN

Rantau/Negara PembelianAppleAlamat
Asia Pasifik
MalaysiaApple Malaysia Sdn BhdLevel 11 MENARA CIMB, Jalan Stesen Sentral 2 Kuala Lumpur Sentral 50470, Kuala Lumpur, Malaysia
Negara Asia Pasifik LainApple Inc.1 Infinite Loop; Cupertino, CA 95014, U.S.A.


© 2015 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

070715-Warranty-Edition-Rest-of-APAC-Malay-v1

Waranti Terhad Dua (2) Tahun Apple

Untuk Produk Berjenama Apple Sahaja

BAGAIMANA UNDANG-UNDANG PENGGUNA BERKAIT DENGAN WARANTI INI

WARANTI INI MEMBERIKAN HAK UNDANG-UNDANG KHUSUS KEPADA ANDA DAN ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK LAIN YANG BERBEZA MENGIKUT NEGERI (ATAU MENGIKUT NEGARA ATAU DAERAH). MELAINKAN SEPERTIMANA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK MENGECUALIKAN, MENGEHADKAN ATAU MENGGANTUNG HAK LAIN YANG MUNGKIN DIPUNYAI OLEH ANDA, TERMASUK HAK YANG MUNGKIN BERBANGKIT DARIPADA KETAKAKURAN KONTRAK JUALAN. UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA HAK ANDA, ANDA HENDAKLAH MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG NEGARA, DAERAH ATAU NEGERI ANDA.

HAD WARANTI ADALAH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG PENGGUNA

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, WARANTI INI DAN REMEDI YANG DIBENTANGKAN ADALAH EKSKLUSIF DAN MENGGANTIKAN SEMUA WARANTI, REMEDI DAN SYARAT LAIN, SAMA ADA LISAN, BERTULIS, STATUTORI, NYATA ATAU TERSIRAT. APPLE MENAFIKAN SEMUA WARANTI STATUTORI DAN TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI TENTANG KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN WARANTI TERHADAP KECACATAN TERSEMBUNYI ATAU PENDAM, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. SETAKAT MANA WARANTI SEDEMIKIAN TIDAK BOLEH DINAFIKAN, APPLE MENGEHADKAN TEMPOH DAN REMEDI WARANTI SEDEMIKIAN KEPADA TEMPOH WARANTI NYATA INI DAN, MENURUT PILIHAN APPLE, PERKHIDMATAN PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN YANG DITERANGKAN DI BAWAH. SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN TERHADAP TEMPOH MASA WARANTI (ATAU SYARAT) TERSIRAT, JADI PENGEHADAN YANG DIBENTANGKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

APA YANG DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Apple menjamin produk perkakasan dan aksesori berjenama Apple yang terkandung dalam pembungkusan asal (“Produk Apple”) terhadap sebarang kecacatan pada bahan dan mutu kerja apabila digunakan secara biasa selaras dengan garis panduan yang diterbitkan oleh Apple untuk tempoh DUA (2) TAHUN dari tarikh pembelian runcit asal oleh pembeli pengguna akhir ("Tempoh Waranti"). Garis panduan yang diterbitkan oleh Apple termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang terkandung dalam spesifikasi teknikal, buku panduan pengguna dan komunikasi perkhidmatan.

Harap maklum: Semua tuntutan yang dibuat di bawah Waranti Terhad Dua Tahun Apple akan dikawal oleh terma yang ditetapkan dalam dokumen waranti ini.

APA YANG TIDAK DILIPUTI OLEH WARANTI INI?

Waranti ini tidak diguna pakai terhadap sebarang produk perkakasan atau sebarang perisian bukan berjenama Apple, walaupun dibungkus atau dijual dalam perkakasan Apple. Pengeluar, pembekal atau penerbit, selain daripada Apple, mungkin menyediakan waranti mereka sendiri kepada anda – sila hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Perisian yang diedarkan oleh Apple dengan atau tanpa jenama Apple (termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian sistem) tidak diliputi oleh Waranti ini. Sila rujuk kepada perjanjian pelesenan yang disertakan dengan perisian untuk mendapatkan butir-butir tentang hak anda berkenaan dengan penggunaannya. Apple tidak menjamin bahawa pengendalian Produk Apple adalah tanpa gangguan atau bebas ralat. Apple tidak bertanggungjawab atas kerosakan yang timbul daripada kegagalan mematuhi arahan berkaitan dengan penggunaan Produk Apple.

Waranti ini tidak diguna pakai: (a) terhadap barangan guna habis, seperti bateri atau salutan perlindungan yang direka bentuk agar berkurangan lama-kelamaan, melainkan kegagalan disebabkan kecacatan pada bahan atau mutu kerja; (b) terhadap kerosakan kosmetik, termasuk tetapi tidak terhad kepada calar, kemek dan plastik yang pecah pada port; (c) terhadap kerosakan yang disebabkan penggunaan bersaMac Produk lain; (d) terhadap kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, penyalahgunaan, sentuhan dengan cecair, kebakaran, gempa bumi atau sebab luaran lain; (e) terhadap kerosakan yang disebabkan oleh pengendalian Produk Apple tanpa mengikut garis panduan yang diterbitkan oleh Apple; (f) terhadap kerosakan yang disebabkan oleh perkhidmatan (termasuk penaiktarafan dan pengembangan) yang dilakukan oleh sesiapa sahaja yang bukan wakil Apple atau Pembekal Khidmat Sah Apple (‘Apple Authorized Service Provider’, “AASP”); (g) terhadap Produk Apple yang telah diubah suai untuk mengubah kefungsian atau keupayaan tanpa keizinan bertulis Apple; (h) terhadap kecacatan yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa atau sebaliknya disebabkan penuaan biasa Produk Apple, atau (i) jika sebarang nombor siri telah dikeluarkan atau dirosakkan pada Produk Apple.

PENGEHADAN PENTING UNTUK PERKHIDMATAN.

Apple boleh mengehadkan perkhidmatan waranti untuk produk perkakasan kepada negara yang Apple atau Pengedar Sahnya menjual peranti tersebut pada asalnya.

TANGGUNGJAWAB ANDA

ANDA HENDAKLAH MEMBUAT SALINAN SANDARAN BERKALA TERHADAP MAKLUMAT YANG TERKANDUNG PADA MEDIA STORAN PRODUK APPLE UNTUK MELINDUNGI KANDUNGAN DAN SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA TERHADAP KEMUNGKINAN KEGAGALAN OPERASI.

Sebelum menerima perkhidmatan waranti, Apple atau ejennya mungkin memerlukan anda menunjukkan bukti butir-butir pembelian, menjawab soalan yang direka bentuk untuk membantu mendiagnosis potensi isu dan mengikuti prosedur Apple untuk mendapatkan perkhidmatan waranti. Sebelum menyerahkan Produk Apple anda untuk perkhidmatan waranti, anda hendaklah menyimpan salinan sandaran berasingan bagi kandungan media storannya, mengeluarkan semua maklumat peribadi yang ingin anda lindungi dan melumpuhkan semua kata laluan keselamatan.

SEMASA PERKHIDMATAN WARANTI, KANDUNGAN MEDIA STORAN AKAN DIPADAMKAN DAN DIFORMATKAN SEMULA. APPLE DAN EJENNYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN PROGRAM PERISIAN, DATA ATAU MAKLUMAT LAIN YANG TERKANDUNG DALAM MEDIA STORAN ATAU SEBARANG BAHAGIAN LAIN PRODUK APPLE YANG DISERVIS.

Selepas perkhidmatan waranti, Produk Apple anda atau peranti gantian akan dikembalikan kepada anda sepertimana Produk Apple anda dikonfigurasi semasa dibeli pada asalnya, tertakluk kepada kemas kinian yang berkenaan. Apple boleh memasang kemas kinian perisian sistem sebagai sebahagian daripada perkhidmatan waranti yang akan menghalang Produk Apple daripada berbalik kepada versi perisian sistem terdahulu. Aplikasi pihak ketiga yang dipasang pada Produk Apple mungkin tidak serasi atau berfungsi dengan Produk Apple akibat daripada pengemaskinian perisian sistem. Anda bertanggungjawab untuk memasang semula semua program perisian, data dan maklumat lain. Pemulihan dan pemasangan semula program perisian, data dan maklumat lain tidak diliputi di bawah Waranti ini.

Penting: Jangan buka Produk Apple. Membuka Produk Apple boleh menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi oleh Waranti ini. Hanya Apple atau AASP boleh menjalankan servis pada Produk Apple ini.

APA YANG AKAN DILAKUKAN OLEH APPLE JIKA WARANTI DILANGGAR?

Jika dalam Tempoh Waranti anda menyerahkan tuntutan yang sah kepada Apple atau AASP, Apple akan, menurut pilihannya, (i) membaiki Produk Apple menggunakan bahagian baru atau terpakai yang setara dengan bahagian baru dari segi prestasi serta kebolehpercayaannya, (ii) menggantikan Produk Apple dengan peranti yang sekurang-kurangnya setara dari segi fungsinya dengan Produk Apple dan dibentuk daripada bahagian baru dan/atau terpakai yang setara dengan bahagian baru dari segi prestasi serta kebolehpercayaannya, atau (iii) menukar Produk Apple dengan pembayaran balik harga pembelian anda.

Apple boleh meminta anda menggantikan bahagian tertentu yang boleh dipasang oleh pengguna atau Produk Apple. Bahagian gantian atau Produk Apple, termasuk bahagian yang boleh dipasang oleh pengguna yang telah dipasang menurut arahan yang disediakan Apple, akan dijamin bagi baki tempoh Waranti atau sembilan puluh (90) hari dari tarikh penggantian atau pembaikan, yang mana satu memberikan liputan lebih panjang buat anda. Apabila Produk Apple atau bahagian digantikan atau pembayaran balik diberikan, sebarang barangan gantian menjadi harta anda dan barangan yang digantikan atau dibayar balik menjadi milik Apple.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN WARANTI?

Sila akses dan semak sumber bantuan dalam talian yang diterangkan di bawah sebelum mendapatkan perkhidmatan waranti. Jika Produk Apple masih tidak berfungsi dengan sempurna selepas menggunakan sumber ini, sila hubungi wakil Apple atau, jika berkenaan, kedai jualan runcit milik Apple ("Jualan Runcit Apple") atau AASP, menggunakan maklumat yang disediakan di bawah. Wakil Apple atau AASP akan membantu menentukan sama ada Produk Apple anda memerlukan servis dan, jika ya, akan memaklumkan anda bagaimana Apple akan menyediakannya. Apabila menghubungi Apple melalui telefon, caj lain mungkin dikenakan bergantung pada lokasi anda.

Maklumat dalam talian dengan butir-butir untuk mendapatkan perkhidmatan waranti disediakan di bawah.

PILIHAN PERKHIDMATAN WARANTI

Apple akan menyediakan perkhidmatan waranti menerusi satu atau lebih daripada satu pilihan berikut:

(i) Perkhidmatan bawa sendiri. Anda boleh mengembalikan Produk Apple anda ke lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP yang menawarkan perkhidmatan bawa sendiri. Servis akan dilakukan di lokasi, atau Jualan Runcit Apple atau AASP mungkin menghantar Produk Apple anda ke lokasi Khidmat Pembaikan Apple (‘Apple Repair Service’, “ARS”) untuk diservis. Setelah anda dimaklumkan bahawa servis telah disiap dijalankan, anda hendaklah mengambil Produk Apple dengan segera daripada lokasi Jualan Runcit Apple atau AASP atau Produk Apple akan dihantar terus ke lokasi anda dari lokasi ARS.

(ii) Perkhidmatan hantar melalui pos. Jika Apple menentukan bahawa Produk Apple anda layak untuk perkhidmatan hantar melalui pos, Apple akan menghantar kepada anda waybil prabayar dan jika berkenaan, bahan pembungkusan, supaya anda boleh menghantar Produk Apple anda ke lokasi ARS atau AASP menurut arahan Apple. Setelah servis selesai dijalankan, lokasi ARS atau AASP akan mengembalikan Produk Apple kepada anda. Apple akan membayar untuk pengangkutan ke dan dari lokasi anda jika semua arahan dipatuhi.

(iii) Perkhidmatan bahagian Buat sendiri (DIY). Khidmat bahagian DIY membenarkan anda membaiki Produk Apple anda sendiri. Jika khidmat bahagian DIY tersedia, proses berikut akan digunakan.

(a) Perkhidmatan di mana Apple memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple mungkin memerlukan pemberikuasaan kad kredit sebagai cagaran bagi harga runcit Produk Apple atau bahagian gantian dan kos penghantaran yang berkenaan. Jika anda tidak dapat menyediakan pemberikuasaan kad kredit, perkhidmatan bahagian DIY mungkin tidak tersedia kepada anda dan Apple akan menawarkan aturan alternatif untuk perkhidmatan. Apple akan menghantar Produk Apple atau bahagian gantian kepada anda dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan untuk mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Jika anda mematuhi arahan, Apple akan membatalkan pemberikuasaan kad kredit, jadi anda tidak akan dicaj untuk Produk Apple atau bahagian dan kos penghantaran ke dan dari lokasi anda. Jika anda gagal mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan seperti yang diarahkan atau mengembalikan Produk Apple atau bahagian yang digantikan yang tidak layak diservis, Apple akan mengecaj kad kredit anda untuk jumlah yang dibenarkan.

(b) Perkhidmatan di mana Apple tidak memerlukan pengembalian Produk Apple atau bahagian yang digantikan. Apple akan menghantar kepada anda secara percuMac Produk Apple atau bahagian gantian yang disertakan dengan arahan pemasangan, jika berkenaan dan sebarang keperluan bagi pelupusan Produk Apple atau bahagian yang digantikan.

(c) Apple tidak bertanggungjawab atas sebarang kos buruh yang ditanggung oleh anda berkenaan dengan perkhidmatan bahagian DIY. Jika anda memerlukan bantuan lanjutan, hubungi Apple di nombor telefon yang disenaraikan di bawah.

Apple merizab hak untuk menukar kaedah bagaimana Apple boleh menyediakan perkhidmatan waranti kepada anda dan kelayakan Produk Apple anda untuk menerima kaedah perkhidmatan tertentu. Perkhidmatan adalah terhad kepada pilihan yang tersedia di negara di mana perkhidmatan diminta. Pilihan perkhidmatan, ketersediaan bahagian dan masa respons mungkin berbeza-beza mengikut negara. Anda mungkin bertanggungjawab atas caj penghantaran dan pengendalian jika Produk Apple tidak boleh diservis di negara di mana ia berada. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan di negara yang bukan negara asal pembelian, anda hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan import dan eksport yang diguna pakai dan hendaklah bertanggungjawab terhadap semua duti kastam, V.A.T. dan cukai serta caj berkaitan yang lain. Di mana perkhidmatan antarabangsa tersedia, Apple boleh membaiki atau menggantikan Produk Apple dan bahagian dengan Produk Apple dan bahagian yang setara yang mematuhi piawaian tempatan.

PENGEHADAN LIABILITI

KECUALI SEPERTIMANA DIPERUNTUKKAN DALAM WARANTI INI DAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS GANTIRUGI LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT YANG DIAKIBATKAN OLEH SEBARANG PELANGGARAN WARANTI ATAU SYARAT, ATAU DI BAWAH SEBARANG TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN PENGGUNAAN; KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU JANGKAAN (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DARI KONTRAK); KEHILANGAN PENGGUNAAN WANG; KEHILANGAN PENJIMATAN YANG DIJANGKA; KEHILANGAN PERNIAGAAN; KEHILANGAN PELUANG; KEHILANGAN KEMUHIBAHAN; KEHILANGAN REPUTASI, KEHILANGAN, KEROSAKAN, PENJEJASAN ATAU KEROSAKAN DATA; ATAU SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT YANG WALAU BAGAIMANAPUN JUA DIAKIBATKAN, TERMASUK PENGGANTIAN PERALATAN DAN HARTA, SEBARANG KOS PEMULIHAN, PEMPROGRAMAN, ATAU MENGHASILKAN SEMULA SEBARANG PROGRAM ATAU DATA YANG DISIMPAN DALAM ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK APPLE ATAU SEBARANG KEGAGALAN MENGEKALKAN KERAHSIAAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

PENGEHADAN YANG DISEBUT SEBELUM INI TIDAK DIGUNA PAKAI TERHADAP TUNTUTAN KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI, ATAU SEBARANG LIABILITI STATUTORI UNTUK TINDAKAN DAN/ATAU PENINGGALAN YANG DISENGAJAKAN DAN YANG CUAI SECARA MELAMPAU. APPLE MENAFIKAN SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA APPLE AKAN DAPAT MEMBAIKI SEBARANG PRODUK APPLE DI BAWAH WARANTI INI ATAU MENGGANTIKAN PRODUK APPLE TANPA RISIKO KEPADA ATAU KEHILANGAN MAKLUMAT YANG DISIMPAN DALAM PRODUK APPLE.

SESETENGAH NEGERI (NEGARA DAN DAERAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, MAKA PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI TERHADAP ANDA.

PRIVASI

Apple akan menyimpan dan menggunakan maklumat pengguna berpandukan Dasar Privasi Pelanggan Apple yang tersedia di www.apple.com/legal/warranty/privacy.

AM

Penjual semula, ejen atau pekerja Apple tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian, pelanjutan atau tambahan pada Waranti ini. Jika sebarang terma didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, kesahan atau kebolehan untuk menguatkuasakan terma selainnya tidak akan terjejas atau dihalang. Waranti ini dikawal oleh dan ditafsirkan di bawah undang-undang negara di mana Produk Apple dibeli. Apple dikenal pasti di hujung dokumen ini menurut negara atau rantau di mana Produk Apple dibeli. Apple atau pengganti hakmiliknya adalah penjamin di bawah Waranti ini.

MAKLUMAT DALAM TALIAN

Maklumat lanjut tentang perkara berikut boleh didapati dalam talian:


Maklumat Sokongan Antarabangsa

Pengedar Sah

Pembekal Khidmat Sah Apple http://support.apple.com/kb/HT1937 | http://support.apple.com/kb/HT1434

Kedai Jualan Runcit Apple

Sokongan dan Perkhidmatan Apple

Sokongan Percuma Apple



PENANGGUNG OBLIGASI WARANTI UNTUK RANTAU ATAU NEGARA PEMBELIAN

Rantau/Negara PembelianAppleAlamat
Asia Pasifik
Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Guam, Indonesia, Laos, Singapura, Malaysia, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, VietnamApple South Asia Pte. Ltd.7 Ang Mo Kio Street 64
Singapore 569086
Negara Asia Pasifik LainApple Inc.1 Infinite Loop; Cupertino, CA 95014, U.S.A.


© 2014 Apple Inc. Hak cipta terpelihara. Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

122014-Warranty-Edition-Rest-of-APAC-Malay-v1