Analitis iCloud

Bantu Apple menjadikan produk dan perkhidmatannya lebih baik.

Anda boleh membantu Apple meningkatkan produk dan perkhidmatannya, termasuk Siri dan ciri cerdas yang lain, dengan membenarkan analitis penggunaan dan data daripada akaun iCloud anda.

Analisis data daripada akaun iCloud anda, termasuk cebisan teks daripada mesej e-mel atau data lain yang sama, hanya dilaksanakan selepas data tersebut menjalani teknik mengekalkan privasi seperti privasi pembezaan supaya data tersebut tidak dikaitkan dengan anda atau akaun anda.

Anda boleh menghidupkan atau mematikan Analitis iCloud pada bila-bila masa daripada Seting Privasi pada peranti iOS anda, Keutamaan Sistem pada Mac atau bahagian Privasi dari halaman akaun Apple ID di https://appleid.apple.com.

Dengan memilih untuk menghidupkan Analitis iCloud, anda bersetuju dan membenarkan penghantaran, pengumpulan, penyelenggaran, pemprosesan dan penggunaan maklumat ini oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas.

Pada setiap masa, maklumat yang diterima oleh Apple akan dikendalikan selaras dengan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/legal/privacy/my.